Liang Kong tempat
lahirku (tarikh yg sama sebelum post ini)
Kisah itu hampir tamat setelah sekolah rendahku dipenghujungnya,
semuanya telah bermula habis,
sebuah fantasi dikalahkan realiti,
ketawa bermula menjadi suram,
fikiran bermula menjadi hilang,
hanya kerana sekolah menengah,
aku meninggalkan kawan-kawanku,
kawan di mana kami berkejar-kejaran,
bangga dengan kelebihan masing-masing,
semua bermula kerana peristiwa itu,
aku meninggalkan tempat itu,
hanya kerana untuk menyambung persekolahanku,
dan lebih menyayat hati apabila aku di tahun kedua persekolahanku,
tempat itu ditutup,
tempat membesarku ditutup,
hilangnya sebuah ketawa yang tidak dibuat-buat,
ketawa ikhlas yang tiada fikiran kosong disebaliknya,
tutup, tutup, tutup,
di mana tempat itu?
Tempat mimpiku difantasikan....
Indahnya sungai mengalir di belakang rumah,
indahnya padang permainan di depan rumah,
indahnya sebuah kebun ditumbuhi pokok jambu,
di mana anak burung berkicauan,
indahnya kami ketawa,
indahnya sebuah lagu dinyanyikan bersama,
indahnya impian sebuah band diperkenalkan,
indahnya teriakan seorang budak apabila menjumpai mangga,
kami ketawa di malam hari,
malam tahun baharu,
kami berjanji untuk berjumpa,
tepat 12.00 am,
kami menunggu seorang kawan dan adiknya,
indahnya masa itu,
kawan ketawa, ketawa walaupun kami ini miskin,
hari raya menjelma,
indahnya saat itu,
apabila pelbagai bangsa datang kerumahku,
bangsa bugis, cina,dusun, filipina,
datang kerumah ku.
Setelah tempat itu ditutup.
fantasiku dan realitiku berpisah,
menutup ketawa yang menghilang.
Kenapakah tempat itu ditutup?
Adakah untuk menjadikan tempat itu kenangan yang indah,
kerana manusia itu berubah apabila menjadi besar?
Biarlah kisah itu tamat masa zaman budakku,
supaya kenangan indah itu tidak ditamatkan dengan pengkhianatan sebuah memori,
benarkah?
Adakah tempat itu ditutup,
agar kenangan indahku tidak dicemari dengan perasaan yang berubah apabila menjadi matang?
Perasaan yang boleh menjadikan manusia itu lupakan kisah kecilnya?

Ulasan
Catat Ulasan