Makna sebenar (ditulis pada....entah,... atas kertas tiada tarikh)
Andai kata ilmu dipersoalkan,
bermulanya hati dan akal mencari ayat,
agar cara yang dilakukan adalah benar,
sesuai dengan hakikat ilmu dan,
hakikat seorang manusia.
Apabila mencari ilmu disalah tafsir,
maka hakikat ilmu telah dipalsukan,
dan si pencari makna mencuba mencari jawapan,
dan dia menjumpainya,
tetapi, tetapi,
dia keliru dengan persekitaran,
kerana dia takut mencuba jalan tersebut,
bukan kerana dia tidak yakin jawapan yang ditemui,
tetapi dia takut dia tidak layak membawa jawapan tersebut,
kerana jawapan itu hanya layak dibawa oleh mereka yang……,
mereka yang bijak mengembangkan makna manusianya,
hakikat manusianya….
Dia takut, dia keliru,
kerana dia takut realitinya menghancurkan jawapan tersebut,
dan jawapan itu berterbangan di fantasinya,
dan dia di sana gembira melihat jawapan tersebut,
walaupun jawapan itu tidak boleh berterbangan,
untuk menggembirakan dirinya,
di realitinya……………..
Adakah cara untuk menaikkan jawapan itu,
yang telah jatuh di realitinya?
Atau adakah dia patut menerima kenyataan realitinya,
bahawa jawapan itu tidak layak berterbangan di realitinya,
jawapan yang dia ketahui?
Tetapi penzahiran akhlaknya, ilmunya, adabnya,
bertentangan dengan jawapan itu………..
Adakah dia harus mencubanya,
mencuba menerbangkan kembali jawapan itu,
walaupun dia bertentangan dengan jawapan itu?
Semuanya bertentangan,
sehingga dia ragu-ragu dengan jawapan itu,
kerana penzahiran dirinya dipersoalkan persekitaran,
persoalan hakikat jawapan itu,
kerana persekitaran menganggap dirinya tidak layak,
untuk menerbangkan jawapan itu…
di dalam hatinya………
.
.
.
.
.
.
Akhirnya dia lupa apa jawapan itu……
Lupa secara sengaja,
atau mungkin betul-betul lupa…….
Ulasan
Catat Ulasan