Pandangan (ditulis pada....entah,... atas kertas tiada tarikh)
Apabila suatu pandangan itu terbuka,
adakah boleh menutupnya?
Secara sengaja atau tidak sengaja?
Apabila pandangan itu dirasai,
adakah harus melayannya?
Atau membiarkannya berlalu?
Adakalanya apabila sesuatu pandangan itu terbuka,
semua yang pernah dilakukan,
semua yang pernah difikirkan,
akan terasanya fikiran lalu adalah salah.
Kerana pandangan itu membuka minda dan hati,
untuk berfikir sejenak,
melayan pandangan tersebut.
Tetapi adakah pandangan itu bakal menggembirakan?
Kerana takut pandangan itu menyedihkan,
walaupun pandangan itu menyentuh hati,
kerana pandangan itu berbeza dengan persekitaran,
di mana mereka yang tidak merasai pandangan tersebut,
gembira menikmati nikmat dunia,
populariti,
harta, ilmu, keluarga dan sebagainya...
Adakah pandangan itu bakal membawaku terbang,
menikmati pandangan teleskop,
atau,
adakah pandangan itu membawaku ke dasar laut,
mencari dan menyelidik ciptaan Allah SWT,
atau,
adakah pandangan ini sekadar cerita hidup,
yang hanya bercerita di fikiran dan hati,
dan tidak membawaku ke mana-mana?
Adakah aku patut meninggalkan pandangan ini?
Pandangan yang manusia lain katakan,
jalan si minoriti?

Ulasan
Catat Ulasan