Pandangan 2 (ditulis pada....entah,... atas kertas tiada tarikh)
Disaat ilmu disekularkan,
pembudayaan barat menguasai fikiran,
hinggakan tingkah laku dikelirukan,
ilmu palsu bertebaran,
menghinggapi sesiapa yang menuntutnya,
sehinggakan ilmu dituntut disalahtafsirkan,
empirikal dunia diperhatikan,
menghasilkan kesimpulan yang lain daripada maknanya,
tanda dan makna tidak dapat dipisahkan,
manusia lari daripada fitrahnya,
ilmu tidak dianggap hidup,
ilmu tidak dianggap boleh mengingati manusia,
perjanjian yang telah dilakukan,
manusia lupa perjanjiannya.
Mereka mencuba lari,
lari daripada pertanyaan…..
tapi pertanyaan apa?
Adakah pertanyaan si pencari makna?
Pertanyaan si pemikir radikal?
Pertanyaan si pembenci sistem?
Pertanyaan si penduka?
Duka kerana dia dihancurkan dengan persekitaran,
yang dianggap pelik,
pelik,
tapi dia sendiri tidak tahu,
tidak tahu di mana peliknya,
dan lebih teruk lagi,
dia tidak tahu apa peliknya.
Indahkah seandainya pandangan ini masih tertutup?
Gembirakah dia di sana nanti,
gembira kerana pandangan tersebut tidak dirasa,
hati yang tidak mengenal pandangan tersebut?
Indahkah, gembirakah hati ini,
seandainya pandangan ini tidak dia rasai,
tidak difikir,
tidak mengacau,
tidak memberontak,
sehinggakan dia penat merasainya,
penat memikirkannya……..?
Adakah pandangan ini salah?
Adakah pandangan ini ada penawarnya?
Penawar yang menggembirakan,
bukan erti gembira nafsu hewani,
tetapi,
erti gembira yang sebenarnya……
Siapakah dia,
seandainya dia tidak merasai pandangan ini?
Tetapi,
bukankah itu tidak baik,
menggunakan “seandainya”,
ayat seperti hendak lari dari kenyataan,
realiti yang dia lihat seperti tiada maknanya,
kerana pandangannya yang mengajarnya lari dari realiti,
realiti ciptaan manusia yang tidak layak……..
Apakah yang harus dilakukan?
Lari?
Tetapi pandangan ini ada kalanya membawa kegembiraan,
tetapi,
adakah gembira itu palsu?
.
.
.
.
.
Akhirnya dia tidak tahu lagi apa jawapannya.
Ulasan
Catat Ulasan