Aku nak post tulisan ini di fb, tapi aku privasikan sekadar untuk aku seorang sahaja, kerana aku takut, aku tidak layak untuk menulis semua ini. Tapi aku harap suatu hari nanti aku akan post tulisan ini.
Humanisme menguasai diri, lari hilang daripada empirical, mencuba idealism, jatuh cinta di alam rationalis, buntu di alam schizophrenia, keliru di alam relativisme, sengsara di alam anarki....... Dek kerna kapitalisme menjelma di fikiran, tembok berlin telah runtuh, dan China ubah alirannya...... mungkin, sistem kapitalis itu kurang khilaf, berkiblatkan era globalism, maka, semua ikut, mungkin....... dan, aku, sengsara, di alam khayalan, fikiran hidup di alam kapitalis, penat dengan kemodenan 'indah', tamatnya era berideologi, maka era 'mengikut' pujaan ramai, penat dgn realiti, akal makin parah, hati makin kosong..... introvert aku dikatakan, extrovert aku lakonkan, terlalu lama berlakon, minda telah terlupa, cara lakon gaya 'be yourself' .....lain dari lain, maka amali dinilai, tanpa amali, akal jadi fitnah, buku jadi fitnah, air muka dibaca, tapi hati tafsir taknak, the majority susun ayat, the minority berlakon, dan aku, phantom, lakonan shadow, dirasai, tanpa runtuhan wavefunction......... hedonisme pernah jadi pilihanku, materialistik pujaanku, secularism amalanku, pragmatisme aku epistemologikan, akibatnya, hati bertambah kosong, gembira palsu dilayan, sedar tidak mahu, ilusi sejahtera dianggap mutlak.... dan anxiety membiak di minda.... aliran pain pula dilayan, lagu unravel menghantui minda, canities subita 'rage' in my mind, stare too long, and, i am lost, in the middle of confusion, between reality, fantasy, and virtual world ...... aliran pain ajar gembira merasai pain, laugh in despair, love in despair, darkness sound is heard in my mind, and they saypain dianggap fun, fun dianggap pain, pain dicari, fun diabaikan, minda makin rosak, hati terseksa, lagu unravel bermain tanpa henti, 'dia' di virtual menegur aku di realiti, 'eye' di fantasi hanya memandang, tanpa nilaian, hati kosong tanpa hermeunika situasi, kerana situasi takut ditafsir. Ditafsir hati kosong, maka situasi dianggap kosong. Mata hanya memandang, tanpa tafsiran hati, kerna, pancaindera adakalanya menipu, maka selamanya, pancaindera tdk boleh dipercayai. Jadi, apa yang boleh dipercayai, selain pancaindera? Kalau jawapannya, adalah minda, bagaimana pula si schizophrenia melihat realiti? DAN, apa itu realiti?Adakah, realiti itu ada di luar minda, atau di dalam minda? Atau, ada di mata hati? Realiti ingin dimatematikkan, nomological holism disampahkan, holism of property diabaikan, positivistik diajarkan, akal penganut naturalism diangkat, kerna, hanya satu methodology(scientific methodology), maka pluralistic methodology dilupakan.Alam dikatakan mind-independent, tetapi copenhagen mengatakan sebaliknya, determinism peminat locality, probabilistic pemegang nonlocality, dan Godel's incompleteness theorems melimitkan semuanya, bagaikan Heisenberg's uncertainty principle meramalkan dua paksi 'dengan pasti' pada satu masa, logik dikatakan tiada limit, russel's paradox, Kurt Godel pula apa?.... instrumentalist view berkelana..........universe dianggap mesin, menurut locality, tapi quantum datang, membawa revolusi, Schoridinger's cat kontroversinya, Einstein itu pemegang determinism, menolak quantum, mencari hidden variable, EPR paradox buatnya, entanglement fenomenanya, quantum encryption pula hasilnya, . But, someone says,
"The motion of particles follows probability laws but the probability itself propagates according to law of causality."
Bertrand Russell, ahli falsafah moden itu, pernah menyatakan, bahawa
"that physics does not concern itself with the NATURE OF PHYSICAL REALITY per se, but with mathematical structures related to pointer readings."
Jadi, apa itu realiti? Apa hubungan abstract itu dgn realiti? Atau sekadar teman fizikal tanpa makna metafizik? Sekadar amalan transcendental idealism? Atau hanya umpama 'air gapping network'? Apa Nicola Tesla maksudkan, ayat itu ketika difikirkan,
"Today scientist have substituted mathematics for experiment, and they wonder off through equation after equation, and eventually build a structure which has no relation to reality."
Adakah Tesla silap?
Dalam buku sejarah Aritmetik dan Al Jabar Islam, tertulis
"Tujuan ilmu tabii ialah pendakiannya kepada ilmu-ilmu metafizik, yakni tujuan tertinggi para hukama, jalan pengakhiran hakikat ilmu... (Rasa'il Ikhwan al-safa.)"
dan
"Mantik merupakan pengantar falsafah manakala matematik menghubungkan dua juzuk falsafah yang utama, iaitu sains tabii dan metafizik."
Apa pula maksudnya? Kenapa aku persoalkan semua itu? Tak menjanjikan hidup bahagia di era kapitalis pun...ah.... aku bingung dengan permainan ini...tapi hati aku rasa puas......
Minda masih bermain, di lautan fantasi, persoalan muncul lagi, adakah ilmu 'itu' bertahap ilm al-yaqin? Atau 'ayn al-yaqin? Atau Haqq al-yaqin? Atau sekadar berbentuk dugaan dan syak wasangka? Minda keliru, amnesia berlanjutan, caffeine menjadi pilihan, insomnia sahabat sejati, khayalan dilihat real, real dilihat khayalan, khayalan menari di minda, realiti diabaikan, dan hidup musnah dihimpit realiti moden...
Kesakitan minda ingin dilupakan, maka, romantis mula bermain di fantasi, mereka katakan, cinta itu adalah
"gembira, ketika melihat orang yang kita cintai senyum, walaupun orang yang berdiri di sebelahnya bukanlah kita."
dan
"cinta itu umpama matahari yang memberi cahaya kepada bulan, walaupun manusia tidak melihat matahari, dan hanya memuji bulan, tapi, matahari puas, senyuman di belakang bulan, tanpa disedari manusia dan bulan."
Tapi, f**k, semua itu tipu, dan anti-romantis bermula, cinta moden itu, mesti dikawal sistem moden, cinta dikawal kapitalis, cinta dikawal empirical, double standard yg bertopengkan cinta, romantis tipuan hati drama, tragedi romantis bertopengkan cerita, cerita romantis ukuran standard, pujaan peminat tragedi romantis, f**k....
Akal sakit dengan permainan minda, akhirnya hati ingin melupakan minda, tapi bagaimana? Ambil batu, pukul kepala, dan berharap, agar ingatan itu hilang dari minda...tapi, bagaimana, andai ingatan lain yang hilang?
Lautan dah terlalu dalam, tanpa perkakas sepatutnya, tenggelam di lautan fantasi, lemas di sana, dan akhirnya, realiti aku tidak boleh lari, dari perangkap ilusi....salah diri, kerana terjun ke dalam lautan ilusi itu...
Friedrich Nietzsche pernah berkata
"Beware that, when fighting monsters, you yourself do not become a monster..... for when you gaze long into the abyss, the abyss gazes also into you."
and, someone also says
"Find someone whose demons are compatible with yours....(.yuzirui- kun.)"
Ulasan
Catat Ulasan