Apa yang aku nak
Aku nak berjaya, tapi bukan dinilai berdasarkan duit semata-mata, aku suka low profile, aku ini shadow.
Aku nak ilmu bukan duit, aku nak ilmu bukan populariti, aku nak berjaya, aku cemburu ilmu Bill Gates, bukan hartanya. Aku nak ilmu, tapi aku bodoh. Aku nak ilmu baru harta, bukan harta semata-mata.
Aku nak lari daripada sistem kapitalis, aku nak tinggal di alam fantasi aku, aku belajar bukan untuk bekerja, aku belajar bukan untuk berjaya di dalam sistem kapitalis.
Aku ada impian. Aku ada idealism. Aku ada harapan dan cita-cita, tapi makin hari, semua itu makin hilang daripada hati aku. Aku benci dunia era moden ini, tapi apakan daya...aku ini lemah... aku terpaksa masuk juga ke dalam sistem kapitalis ini.
Aku bukan nak populariti, aku tidak mahu menjadi billionaire tapi bodoh dan jahil. Aku nak research, aku nak menjadi seperti Albert Einstein, aku nak menjadi seperti Nicola Tesla. Tapi aku bodoh. Aku tidak faham apa yang aku belajar di dalam kelas. Semua itu akan hilang, impian aku, harapan aku, dek kerana aku mencari pekerjaan...
Aku penat dengan semua ini. Aku nak lari. Aku tidak mahu hati aku rosak, sebab itu aku suka bersendirian. Aku nak impian itu tercapai.... ahli fizik islam, bukannya ahli fizik 'dan' islam. Aku nak jadi seperti al-Ghazali, yang mampu mengkritik ilmu falsafah yunani. Aku nak jadi seperti itu, tapi aku rasa aku dah terlambat untuk berusaha. Aku tidak mahu mencari alasan untuk menyedapkan hati aku di saat aku tidak dapat mencapai cita-cita aku.
Aku perlu berusaha, tapi hati ini mengatakan usaha itu bakal sia-sia. Mungkin kerana hati tahu bahawa akal ini bodoh...
Ulasan
Catat Ulasan