Fantasi
Aku nak ke sana,
tempat ilusi aku,
tempat aku berdiri tanpa tangisan,
tanpa kecewa,
aku dah puas dengan semua ini,
dan aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan,
aku nak tinggalkan dunia realiti ini,
atau aku nak tinggalkan diri ini,
aku penat menghadapi kesakitan ini,
hinggakan aku berputus asa untuk berharap,
apa lagi harapan yang tinggi membulan,
aku nak sesuatu tempat,
yang boleh mengisi hati aku,
tanpa kekecewaan hati,
kerana hidup di dunia perlumbaan...
Loser is fun,
prinsip yang aku reka ketika umur aku 17 tahun,
tanpa si loser,
bagaimana si winner menentukan kejayaannya,
dan low profile amalanku,
loser is fun, fun, fun......
Tapi perasaan itu menyakitkan,
kerana aku mula berharap,
ketika aku lihat manusia lain berjaya,
agar aku juga dapat mencapai cita-citaku.
Tanpa aku sedari,
semua itu harapan palsu,
semua itu harapan yang menyakitkan.
Aku penat, aku rasa sakit, aku rasa kosong,
aku nak berubah,
tapi hati aku dah rosak,
minda aku dah rosak.
Dan penyelesaiannya adalah,
hanya hilang ingatan....
Aku nak hilang ingatan,
aku nak lupakan semua ini,
aku nak tinggalkan semua ini,
falsafah menyakitkan,
berfikir itu menyakitkan,
melayan fikiran itu menyakitkan,
minda ini dah penat,
dengan permainan falsafah,
permainan ideologi,
permainan idealisme.
Hati aku dah lama rosak,
minda aku dah lama rosak,
nak berpatah balik,
tapi semua dah terlambat.....
Melayan falsafah ini benar-benar menyakitkan,
introvert aku jadinya,
anti sosial aku tunjukkan,
perbualan aku tinggalkan,
aku lakonkan...
minda ini makin parah...
Dan aku ingin hilang,
dari diri ini.....
Ulasan
Catat Ulasan