Bab 1 : si pencari fantasia
Lihatlah
matanya,
mata
yang tidak mempunyai harapan,
mata
yang sayu lihatnya,
mata
yang telah hilang cahayanya.
Lihat
pula hatinya,
hati
yang telah terseksa,
hati
yang resah serabut ,
hati
yang kosong rasanya.
Lihat
pula cara jalannya,
cara
jalan yang hilang semangatnya,
cara
jalan yang hilang harapannya,
cara
jalan yang letih pergerakannya.
Lihat
pula senyumannya,
senyumannya
yang nampak bohongnya,
senyuman
yang terasa umpama sebuah tangisan,
senyuman
lakonan berdasarkan realitinya.
Cuba lihat
semula,
tapi
ingat,
jangan
lihat dengan mata,
Tahun 2157
Teknologi telah maju, mungkin seandainya manusia 2015 melihat teknologi era
ini, mereka akan terkejut. Bangunan berdiri dengan megahnya, alam sekitar
terpelihara, tanah subur penuh dengan tumbuhan yang indah, hutan terpelihara,
dan teknologi rekaan manusia telah melahirkan manusia yang tahu menghargai
alam, bukan seperti manusia 2015 yang hanya tahu menjadikan alam sebagai ego
mereka dalam pengumpulan sumber kapitalis moden. Di era ini, mata tidak lagi
sakit memandang alam sepertimana yang aku lihat dan baca di buku sejarah, di
mana gambar menunjukkan bangunan yang banyak di satu kawasan, dan yang peliknya
bangunan yang banyak itu dijadikan ukuran kemodenan sedangkan apa yang ada di
kawasan itu hanyalah bangunan rekaan manusia sahaja, tanpa pokok yang besar,
tanpa sungai yang jernih, tanpa suara burung berkicauan. Mereka bangga dengan
bangunan tinggi, tetapi kehidupan disusun oleh manusia lain. Pelik sungguh era
dahulu.
Itulah manusia 2015. Mereka berlumba-lumba membuat bangunan pencakar
langit, alam dikacau, bukit diratakan, sungai ‘ditutup’, akhirnya apa yang
tinggal hanyalah bangunan yang banyak memenuhi satu kawasan. Tiada lagi pokok
yang rendang, yang hanya ada di kawasan bandar hanyalah pokok bunga, itu pun
diperbuat daripada plastik. Manusia di era itu diukur tamadunnya berdasarkan
semua itu. Pelik sungguh. Bangunan banyak tetapi adakah manusia yang berjalan-jalan di siang hari itu gembira atau
dipaksa mencari kegembiraan melalui kemodenan pelik.
“Syauqi, bangun,” suara seorang wanita menghilangkan fantasiku.
Aku dah lama bangun tetapi mata susah untuk dibuka. Di saat mata masih
ditutup, aku teringat buku yang pernah aku baca dahulu, mengenai sejarah dunia
moden. Aku baca buku itu semasa aku berada di dalam kelas, kelas yang didirikan
hasil permintaan pelajar, bukan permintaan para ketua kapitalis.
“Syauqi, bangun!”, suara itu memanggilku lagi.
Aku membuka mata. Aku melihat arah jam yang ada di tangan kananku. Tepat 7
pagi. Aku menutup semula mataku.
Pintu bilikku diketuk.
“Syauqi, bangun! Pergi sekolah.”, suara itu bergema lagi mengganggu
fantasiku.
“Ok.”, jawab aku ringkas.
Aku bangun melihat sekeliling. Seperti biasa, inilah kehidupan aku. Aku
membuka tingkap bilikku dan melihat alam yang tersergam indah. Air terjun
buatan menjadi simbol bandar ini. Apabila aku membuka tingkap dan memandang
jauh, aku melihat air terjun buatan itu. Air terjun yang sentiasa ditemani oleh
pelangi.
Bandar ini dinamakan bandar Surya. Surya diberi nama untuk tempat ini
kerana dikatakan bahawa daripada bandar inilah teknologi bertaraf tinggi
dihasilkan, di mana pengasas teknologi itu adalah seorang saintis yang bertaraf
genius dan berperikemanusian, tetapi tiada siapa pun tahu nama sebenar ahli
saintis itu kerana dia bagaikan matahari yang memberi cahaya kepada bulan agar
manusia boleh memuji bulan, di mana matahari itu manusia tidak langsung
memandangnya. Dia mereka teknologi agar manusia boleh hidup dengan aman, di
mana sumber tenaganya adalah daripada matahari, aether, dark energy dan dark
matter.
Dia diberi gelaran Surya yang bermaksud matahari. Berdasarkan maklumat
sejarah, dia adalah ahli sains pertama yang berjaya merungkai sumber tenaga
percuma atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Free Energy, di mana manusia
boleh mengubah tenaga di alam semester menjadi tenaga yang boleh digunakan oleh
manusia secara percuma. Sumber tenaga percuma itu adalah daripada matahari,
tetapi dia juga berjaya menggunakan dark matter dan dark energy untuk
menghasilkan tenaga percuma. Itu cerita 127 tahun dahulu. Di saat dia berjaya
merungkai rahsia dark matter dan dark energy, jurutera berlumba-lumba untuk
menghasilkan teknologi yang boleh mengubah hidup manusia. Mereka berlumba-lumba
untuk menghasilkan alat yang mudah mengeksploitasi dark energy itu agar manusia
boleh menghasilkan tenaga percuma (free energy) dengan mudah tanpa menggunakan
mesin-mesin yang besar dan canggih.
Surya dan rakan-rakannya yang lain berjaya mereka teknologi tersebut, dan
memberi manusia blueprint teknologi itu secara percuma. Dia menamakan teknologi
itu sebagai “Nature Heart ”. Dia juga dengan menggunakan pengaruhnya hendak
mendirikan sebuah bandar di mana bandar itu menjadi kawasan yang menggunakan
rekaan teknologinya sebagai asas pembangunannya. Asas pembinaan kawasan itu juga
adalah sebagai simbol keamanan kepada negara lain. Bandar itu direka untuk
menunjukkan kepada manusia di negara lain erti tamadun yang sebenarnya, bukan
tamadun pelik.
Dan akhirnya impiannya tercapai. Di bandar rekaannya ini aku dilahirkan. Di
saat dia berjaya mereka teknologi Nature Heart, dunia berubah. Bandar itu
berjaya melahirkan makna tamadun yang sebenarnya. Dan dia menghilangkan dirinya
di saat impian itu tercapai. Itu kisah 127 yang lalu. Sekarang ini tahun 2200.
…
Di saat ini tiada lagi kapitalisme, tiada sosialisme, tiada peperangan,
tiada fanatik kepada suatu kumpulan, tiada autokratik yang bertopengkan
demokrasi.. Kami hidup aman tanpa perlumbaan untuk menambahkan keegoan yang
membosankan yang membelenggu tamadun dahulu. Setelah teknologi itu menjadi
terkenal, banyak industri terpaksa tutup kerana manusia tidak lagi mementingkan
perindustrian yang hanya melahirkan manusia pelik. Tiada lagi kos elektrik,
air, masalah sosial berkurangan, tiada lagi peperangan.
Semua itu berubah disaat Surya menjadi pemimpin Bandar Surya. Dia
menghancurkan sistem ekonomi kapitalis, hinggakan manusia telah mula berubah
perangainya. Di saat dia menjadi pemimpin, duit (fizikal) tidak lagi wujud, manusia
hanya menggunakan ‘virtual money’ sebagai asas pertukaran, tetapi pengaruh
kewangan tidak lagi menjadi masalah kepada masyarakat era pimpinannya. Kewangan
hampir pupus penggunaannya. Tiada lagi bank. Semua bank ditutup di saat sistem
kapitalis hancur. Manusia di era
pimpinannya telah dididik berlumba-lumba mengejar ilmu untuk bangunkan manusia yang
tahu erti perikemanusiaan, bukannya manusia yang hanya tahu menjadi hamba
kepada ilmu, yang hanya tahu menggunakan ilmu untuk merosakkan manusia dan alam..
Dan akhirnya selepas beberapa tahun, aku dilahirkan di dunia ini, di dunia
era nilai kemanusian berleluasa.
…
Kami telah dididik untuk mencari erti sebenar hidup, bukannya hanya
memikirkan kewangan semata-mata seperti mana pada zaman kapitalis dahulu. Itulah
perkara yang aku ingat semasa belajar sejarah di kelas aku.
Berdasarkan sejarah yang diajar oleh guru sejarah, dikatakan bahawa pada
zaman dahulu manusia itu berperang kerana hendak menyambung ekonomi pusat.
Manusia menjadi rakus dan merubah pemikirannya. Ramai menjadi mangsa ekonomi.
Tidak kisah mereka siapa, semuanya dipengaruhi oleh pasaran modal dunia.
Perangai dipengaruhi oleh pasaran dunia, bukan lagi dikawal oleh budaya, agama
ataupun adab manusia. Budaya, adab dan agama hanyalah digunakan sebagai alasan
untuk sedapkan hati di saat penindasan banyak berlaku. Budaya, agama, dan adab
hanyalah digunakan untuk menghalalkan niatnya dan untuk mengumpul pengaruh agar
boleh hidup selesa di dalam sistem kapitalis.
Manusia di zaman itu berlumba-lumba secara terpaksa untuk teruskan hidup
dalam sistem kapitalis. Mereka kerja siang dan malam tanpa menghiraukan tujuan
mereka hidup. Itu kisah dahulu, di era ini manusia telah diubah fikirannya.
tiada lagi peperangan, tiada lagi penindasan ekonomi, tiada lagi kebodohan
fanatik dan tiada lagi kebanggaan pelik hasil kejayaannya dalam sistem
kapitalis.
“Syauqi, cepat. Jangan menghayal.”, suara robot itu kedengaran lagi.
“Ya.”, aku membalas singkat, sesingkat semangatku.
Walaupun dunia telah berubah tetapi aku tidak berubah. Walaupun di saat ini
manusia telah berusaha untuk mencari erti sebenar hidup, tetapi aku tetap
kosong dengan semua itu. Aku rasa kosong hinggakan aku malas untuk teruskan
hidup. Aku tidak tahu mengapa. Aku rasakan seperti ada sesuatu yang ‘missing’
dalam hidupku. Aku pernah terbaca buku yang bertarikh 2015. Di dalam buku itu
tertulis kisah seorang manusia yang tidak ada tujuan hidup hinggakan dia
sentiasa merasa kekosongan dunia moden.
Aku fikirkan balik apa yang aku telah baca, dan konklusi yang aku dapat
adalah aku juga tengah merasa erti kekosongan seperti yang watak itu rasa. Apa
beza dunia era dahulu dengan dunia era ini seandainya ada juga manusia seperti
aku yang hatinya sentiasa kosong dengan kehidupan realitinya. Adakah kosong itu
tidak boleh dibuang dari hati manusia walaupun teknologi telah berkembang luas?
Mungkin.
Teknologi tidak boleh memberi perasaan kepada manusia. Teknologi hanya
untuk memudahkan manusia. Dalam buku sejarah, ditulis pada zaman dahulu dikala
teknologi mengalahkan manusia, lahirlah beberapa manusia pelik. Aku tidak tahu
apa yang peliknya, tetapi ditulis bahawa manusia tidak lagi seperti manusia
pada zaman ketika zaman teknologi belum meletus secara meluas.
…
Pada pagi itu, selepas semua rutin
aku lakukan, aku keluar rumah untuk
menuju ke sekolah. Sekolah yang aku anggap sebagai rumah kedua aku.
Walaupun sistem sekolah telah berubah tetapi masih ada juga golongan yang tidak
suka datang ke sekolah, seperti mana pada zaman dahulu. Aku membaca kisah hidup
pada zaman era 2000. Ditulis bahawa pada zaman itu dunia menjadi parah dengan
peperangan, manakala di tempat lain, manusia hilang adabnya, di tempat lain
pula, manusia menghadapi masalah kekurangan pelajar kerana pelajar telah malas
datang ke sekolah, sama seperti yang berlaku di era ini. Tetapi bezanya adalah,
di era ini manusia malas datang sekolah bukan kerana malas nak bersekolah, cuma
mereka katakan bahawa mereka nak kejar impian mereka tanpa pergi ke sekolah.
Ada juga yang baru usia muda telah merantau ke seluruh dunia, dan bercita-cita
ingin menjadi penulis novel.
Aku teringat juga, bahawa berdasarkan sejarah, golongan introvert dahulu
hanya duduk di rumah, membaca buku, hinggalah zaman komputer meletus, di mana
golongan ini menggunakan teknologi pula untuk menemani hidup introvert mereka.
Pada zaman ini pula, golongan introvert ada dunia fantasi masing-masing, di
mana dunia fantasi itu boleh direalitikan dengan syarat mereka menggunakan
teknologi yang disebut sebagai “Introvert Server”. Dunia itu aku suka namakan
sebagai dunia virtual yang difantasikan. Setiap dunia virtual ada servernya.
Di server itulah manusia introvert akan berjumpa dan aku salah seorang
daripada golongan tersebut. Teknologi itu bagaikan komputer atau buku yang
digunakan oleh introvert pada zaman dahulu. Aku menggunakan teknologi itu untuk
lari dari dunia realiti aku dan masuk ke dunia fantasi rekaan manusia lain yang
dinamakan sebagai dunia virtual reality. Dunia virtual ini bagaikan game, di
mana manusia boleh masuk ke dunia ini dan bermain seperti game, bermain game
seperti mana di era 2020, bezanya hanyalah
manusia pada zaman dahulu menggunakan alat yang dinamakan controller,
tetapi di era ini manusia boleh masuk ke dunia game itu. Game ini dihasilkan
menggunakan teknologi “Introvert Server”
yang direka oleh murid Professor Surya. Tujuan beliau mereka teknologi itu
kerana beliau mahu memberi harapan kepada golongan hyper-introvert agar
golongan itu boleh belajar menerima realiti. Belajar realiti berdasarkan
virtual realiti.
Dalam virtual realti itu, siapa sahaja boleh membuat akaun game dan masuk
ke dalam dunia fantasi tersebut, tetapi syarat telah diperkenalkan 2 tahun
dahulu, menyebabkan hanya golongan tertentu sahaja yang boleh masuk ke dalam
dunia game.
Aku bermain di dalam dunia fantasi
itu setiap hari, sehinggakan aku digelar “Hardcore Gamer”. Dan, aku tetap
seorang yang hyper-introvert. Aku tidak belajar bersosial di dalam dunia
virtual itu, sama seperti aku di realiti. Aku malas memikirkan semua itu. Aku
malas nak berlakon bersosial agar hati aku gembira, sedangkan kegembiraan itu
hanyalah ilusi.
…
Aku berjalan kaki ke sekolah. Aku melihat sekeliling. Aku melihat manusia
berbual, pasangan muda bercinta, manusia gelak ketawa, manusia sibuk dengan
dunia mereka masing-masing. Aku rasa kosong dengan pandangan tersebut. Aku
berjalan laju.
“Syauqi!”, aku terdengar suara Han.
Dia ini kawan aku sejak dari kecil. Dia tahu aku ini introvert dan dialah yang memperkenalkan aku dunia virtual
itu, yang dinamakan sebagai game “Tree Party” . Di saat dia memberi aku hadiah
hari jadi, dia memberitahu aku bahawa aku sesuai untuk masuk ke dalam dunia
game. Game ini bersyarat. Seseorang yang ingin masuk ke dunia “tree party”
haruslah golongan hyper-introvert sahaja. Di saat aku memakai gelang pemberiannya
itu, warna hijau dikeluarkan dan suara robot bercakap
“Awak layak masuk ke dunia “Tree Party’ ini.”
Di saat aku mendengar suara itu, hati aku terasa sesuatu – mungkinkah ini
bakal mengubah hidup aku.
Aku bermain setiap hari dan menjadi introvert Hardcore.
…
“Amad, jangan menghayal.”, suara Han menghancurkan permainan minda aku.
“Ok ok.”
“Jom, jalan sama-sama.”
“Jom.”
Aku gembira di dalam virtual itu. Aku berjumpa dengan bermacam-macam
manusia. Kami menubuhkan Party, dan menjelajah ke seluruh dunia virtual itu.
Walaupun sekadar “Party” bukannya “Guild” tetapi hati aku puas dengan
pengembaraan di dalam dunia virtual itu.
Party hanyalah sekadar kumpulan tidak rasmi, manakala Guild pula adalah
kumpulan rasmi yang ditubuhkan. Tetapi aku tidak minat untuk masuk mana-mana
guild. Aku juga tidak berminat untuk tubuhkan guild kerana aku rasa semua itu
hanya memberi aku kekosongan. Sejak bila golongan seperti aku biasa bersosial
dan masuk ke dalam kumpulan yang mempunyai ramai manusia.
Aku tidak biasa dengan semua itu. Menakutkan. Menyeramkan.
SI PENCARI FANTASIA
"First, accept your reality calmly, silently,
alone, and anonymously, otherwise that reality will destroy your dream, fantasy
and of course it also will destroy your reality….and you will live in a pain mode...wonderful pain, give wonderful memory, and wonderful tear......"
Hinarqy
Hyouka
Ulasan
Catat Ulasan