Tajuk : si pencari fantasia

Novel useless aku yang kedua. Lejen Press reject, manakala publisher lain sekadar tidak layan.. kah kah kah ... loser sial....

Sinopsis

Cerita ini mengenai seorang lelaki yang mempunyai tiga dunia. Dunia realiti, fantasi dan virtual. Nama lelaki ini adalah Amad. Dia seorang yang hyper-introvert, pembenci capitalism, selalu mengatakan bahawa minda dan hatinya telah rosak kerana selalu berfikiran bodoh, leader of anti-social, nerd, kaki game dan seumpamanya. Nama dia di realiti adalah Amad, di fantasi Syauqi dan namanya di virtual adalah Arqy.

Ketika dia berada di dalam dunia virtual dia berjumpa dengan seorang wanita yang bernama Rin. Walaupun Rin itu fantasinya tetapi hatinya selalu mengatakan bahawa Rin itu benar-benar wujud di realiti, tetapi hati menilai lagi, dan berdasarkan logic, hati mengambil keputusan bahawa Rin itu sekadar ilusi yang mindanya reka. Tetapi malang sekali kerana dia semakin bingung dengan semua itu. Dia menganggap bahawa dirinya mempunyai penyakit yang tidak boleh membezakan realiti dan ilusi.

Di dunia realiti pula, dia berkenalan dengan Shina. Seorang wanita yang hyperactive. Pada suatu hari dia mengatakan cintanya kepada Amad, tetapi Amad kebingungan kerana selalu menganggap cinta itu tidak wujud lagi di dunia realiti moden. Dia juga menganggap bahawa cinta Shina itu sebenarnya bukannya cinta, perasaan cinta itu sebenarnya perasaan kasihan yang Shina anggap cinta. itulah yang selalu bermain di fikirannya.

Dia mengatakan bahawa buat apa cinta itu datang ke dalam hatinya andai kata cinta itu hanya mengajarnya kesakitan dan kesengsaraan.


Apa akan terjadi kepada Amad? Adakah benar bahawa Rin itu virtual? Adakah benar bahawa cinta itu tidak lagi wujud di dunia moden berkapitalis ini?

Ulasan

Catatan Popular