Sekadar tulisan jahil saya
Sains sebagai Aplikasi
Sains yang
digunakan untuk mengembangkan lagi teknologi masa kini. Teknologi direka
berlandaskan teori fizik. Tetapi, teori fizik itu bukannya 100 peratus benar
seandainya teori itu boleh digunakan untuk mereka teknologi. Ini karena,
mungkin suatu hari nanti, teori itu bakal digantikan dengan kehadiran teori
yang lebih baik. Sains dalam aplikasi biasanya akan memajukan lagi teknologi.
Dan mungkin juga amalan akan dibuat setelah habis belajar teori di universiti.
Teori dipelajari untuk diamalkan di pelbagai tempat industri.
Bagaimana nak
hasilkan teknologi berdasarkan research dalam bidang quantum teori?
Bagaimana nak
hasilkan quantum komputer?
Bagaimana nak
buat free energy?
Bagaimana nak
hasilkan teknologi hasil daripada kemajuan teori sains?
Teori sains ke
arah praktikal teknologi.
Kebanyakan
pelajar/mahasiswa ke arah ini.
Sains sebagai penyelidikan/research
Sains yang
digunakan untuk mengkaji sesuatu misalnya pengkajian fizik untuk optik, atau
mungkin untuk atom. Pengkajian yang hanya menggunakan teori yang sedia ada
tanpa menukarkan teori itu. Pengkajian yang hanya menggunakan teori lama dan
memajukan lagi teori itu. Sains dalam bidang ini biasanya tidak akan
dipengaruhi oleh worldview seseorang kerana worldview tidak memainkan peranan
dalam kajian ini, kerna sesuatu teori yang digunakan mungkin tidak diketahui
tafsirannya. Dan ahli dalam bidang ini biasanya tidak akan tahu apa peranan
agamanya dalam pengkajiannya. Sains yang digunakan untuk mengkaji alam kerna
curiosity yang tiada penghujungnya.
Research mengenai
atom.
Experiment yang
dijalankan di planet.
Experiment di
Hidron Larger Collider (HLC).
Research guna
teori sains untuk terangkan sesuatu fenomena.
Research guna
matematik untuk menerangkan sesuatu teori, di mana teori itu membantu dalam
pengkajiannya, atau dalam bahasa lain, teori itu adalah teori yang akhir, yang
tinggal hanyalan ahli fizik menggunakan teori itu untuk menerangkan sesuatu
kajiannya.
Sains sebagai idea.
Sains yang
menghasilkan teori baru. Sains yang memberi idea baru dan menghasilkan
pandangan alam yang baru, sains yang menentukan mana benar sesuatu worldview,
dan mungkin juga sains yang dihasilkan berdasarkan worldview seseorang. Sains
yang digunakan oleh si pengkaji untuk mencari kebenaran atau untuk menambahkan
keimanan kerna sains itu membuktikan kebenaran worldview yang dipegangnya.
Tafsir sains
berdasarkan worldview seseorang.
Tafsir sains
untuk menolak teori yang palsu dan batil.
Reka teori baru
bersesuian dengan pandangan alamnya.
Sains sebagai
idea adalah untuk mereka yang ingin mengetahui apa sebenarnya realiti, apa
sebenarnya hidup ini, apa sebenarnya manusia.
Tetapi, malang
sekali di zaman moden ini sains telah dimaterialistikkan sehinggakan belajar
sains telah diutamakan semata-mata untuk pekerjaan, dan telah dilupakan
pencarian sebanar yang harus dijawab. Zaman moden melupakan tujuan manusia
belajar alam, tidak salah untuk mereka cipta teknologi, tetapi menjadi salah
apabila hati lalai kepada kebenaran yang harus dia sendiri cari dan rasai.
Contoh hasil
sains sebagai idea adalah
1.
Teori
relativiti Einstein.
2.
Teori
evolusi Darwin
3.
Teori
quantum mekanik
Semua teori ini
memberi pandangan alam mengenai realiti yang berlainan. Dan teori di atas telah
di salah tafsir mengikuti pandangan sekular. Ada manusia menerima teori
evolusi, tetapi tidaklah sampai menafsir teori itu bahawa Pencipta itu tidak
wujud. Mereka hanya percaya evolusi berlaku kepada haiwan dan tumbuhan sahaja,
bukannya manusia, dan mungkin ada tafsiran lain lagi, tetapi tidaklah sampai
menolak kewujudan pencipta.
Ahli Sains
mencari apa itu masa, apa itu “nothing”, dan sebagainya.
·
Adakah
fizik (law, principle, theory) berubah-ubah mengikut masa?
·
Adakah
persekitaran dunia ini sama?
·
Apa
itu realiti?
·
Adakah
masa itu ada permulaan?
·
Adakah
masa itu bermula ketika letupan besar/big bang, ataupun masa itu telah ada
sebelum big bang?
·
Apa
hubungan teori quantum dan general realitivity?
·
The
delusion of science by Rupert Sheldrake?
·
Adakah
fizikal realiti tidak bergantung kepada si pemerhati? Atau sebaliknya?
·
Apa
hubungan al-Quran dan alam ini?
·
Apa
peranan sains kepada metafizik?
·
Apa
peranan metafizik kepada sains?
·
Bagaimana
nak tafsir sains berdasarkan pandangan alam seseorang?
Sains yang
digunakan oleh seseorang untuk mencari erti hidup, ingin mencari kebenaran,
untuk mencari kepuasan kegembiraan yang hakiki, bukan dengan kegembiraan
material sementara dunia. Sains yang memberi sesuatu kepada si ahlinya, di mana
hikmah dan andai dikuasainya, tanpa dia terjerumus dengan kesibukan manusia
dunia moden.
·
Apa
hubungan tasawwuf dengan fizik?
·
Boleh
tak tasawwuf digunakan sebagai ‘falsafah’ dalam bidang sains, terutamanya
sains?
·
Apa
sebenarnya hubungan Islam dan sains? Atau sekadar agama itu tidak boleh
membantu dalam perkembangan sains? Adakah agama itu sekadar permulaan sesuatu
pengkajian sains? Misalnya, seseorang islam mengkaji pergerakan bumi kerna
hendak mengetahui arah kibat, untuk mengetahui masukknya waktu solat, adakah
itu sahaja? Adakah agama langsung tidak boleh memberi apa-apa kepada kemajuan
sains, hanya sekadar membantu dalam mentafsir teori sains? Atau, tafsir sesuatu
teori sains, dan sekiranya didapati teori sains itu kekurangan sesuatu, dan
akhirnya reka teori baru, agar teori itu dapat ditafsir berdasarkan pandangan
alamya (worldview)? Tapi, apa sebenarnya pandangan alam Islam? Pandangan alam
Islam yang boleh membantu dalam penafsiran teori sains dan membantu dalam
mereka teori yang lebih baik, jadi apa sebenarnya pandangan alam islam yang
dikuasai oleh ilmuwan islam suatu masa dahulu?
·
Bagaimana
agama boleh membantu dalam pembuatan teori baharu? Atau agama itu sekadar
pemberi semangat kepada manusia muslim untuk mengkaji alam?
·
Contohnya.
mencari arah kiblat, kerna muslim hendak mengetahui arah kiblat, maka dia
mengkaji alam, dan akhirnya dia berjaya... adakah begitu sahaja?
·
Atau
mengkaji alam dan mendapat teori baru, dan tafsir teori itu berdasarkan
pandangan Islam, tapi bagaimana pengetahuan agama boleh memberi teori baru
kepada kemajuan sains terutamanya fizik?
·
Atau,
adakah islam itu sebenarnya tiada hubungan dengan sains, kerna sains itu
sekadar alat yang tidak ‘bernyawa’ seperti pisau, dimana pisau itu tidak boleh
menunjukkan agama seseorang, di mana pisau itu atau alat itu tidak menyentuh hati
si pengkaji, sekadar pisau untuk memenuhi amalannya di dunia ini, tanpa
disentuh hatinya ketika mempelajari alat itu? Atau sains itu bernyawa, di mana,
ketika seseorang mengkaji sains, hatinya tersentuh dengan alam, dan percaya
bahawa alam ini diciptakan oleh Pencipta Yang Maha Bijaksana?
·
Seandainya
sains itu ada hubungan dengan Islam, jadi bagaimana nak majukan sains
berdasarkan Islam? Dan bagaimana nak mengetahui bahawa teori itu adalah benar
dalam pandangan Islam, apabila teori itu dianggap neutral?
·
Bagaimana
nak hasilkan teori baru yang boleh menunjukkan kebenaran al-Quran, atau sekadar
tafsir teori moden berdasarkan al-Quran dan pandangan alam Islam?
·
Adakah
teori sains moden itu neutral kerna boleh ditafsirkan berdasarkan pandangan
Islam atau pandangan Ateis?
·
Bagaimana
falsafah boleh membantu sains dan bagaimana sains boleh membantu falsafah?
·
Apa
peranan sains sebagai teori yang ditunjukkan oleh alam kepada pengkajinya?
Adakah sekadar amalan untuk hasilkan teknologi semata-mata?
Dalam teori Quantum mekanik, dikatakan bahawa matter itu adalah
wave-particle dualiti sifatnya. Cahaya misalnya, dikatakan adakalanya
menunjukkan bahawa dia adalah wave dan adakalanya dia adalah particle. Apabila
dijalankan ujikaji, di mana tujuan uji kaji itu adalah menunjukkan cahaya itu
bersifat wave, maka hasil uji kaji itu akan menunjukkan bahawa cahaya itu
bersifat wave, tapi apabila uji kaji dijalankan bertujuan untuk menunjukkan
bahawa cahaya itu bersifat particle, maka keputusan uji kaji itu akan
menunjukkan bahawa cahaya itu adalah particle. Sekiranya difikirkan seketika,
umpama cahaya itu dipengaruhi oleh si pemerhati. Misalnya, apabila pengkaji
mahu mengkaji bahawa cahaya itu adalah wave maka benar cahaya itu adalah wave,
dan apabila si pengkaji mahu mengkaji bahawa cahaya itu adalah particle maka
cahaya itu akan bersifat particle. Cahaya itu dipengaruhi oleh si pemerhati,
atau cahaya itu ada kesedaran sendiri, atau cahaya itu ada kesedaran di mana
kesedaran itu dipengaruhi oleh si pemerhati, atau semua ini adalah limit ilmu
manusia.
Apa sebenarnya realiti cahaya? Adakah cahaya itu bersifat wave atau
bersifat particle atau kedua-duanya sekali atau cahaya itu bersifat lain? Atau
cahaya itu manusia tidak akan tahu realitinya? Begitu juga dengan elektron,
proton dan matter yang ada di alam fizikal ini?
Adakah realiti ini dipengaruhi dengan kehadiran manusia, atau teori itu
tidak sempurna lagi, dan perlu dibaiki? Dikatakan bahawa cahaya itu tidak boleh
dikalahkan lajunya, tapi bagaimana pula dengan fenomena engtanglement?
·
Adakah
teori Quantum itu adalah teori akhir, yang tinggal untuk ahli fizik hanyalah
untuk membuktikan kebenaran teori itu?
·
Adakah
teori relativiti itu adalah teori akhir, yang tinggal untuk ahli fizik hanyalah
menggunakan teori itu untuk menerangkan kajiannya?
Sebab dan akibat
·
Sesuatu
terjadi kerna sebab, dan itulah lahirnya akibat. Tapi, bagaimana dengan sebab
dan akibat dalam probabiliti quantum mekanik? Dengan adanya probabiliti maka
sebab dan akibat itu seperti tiada gunanya, kerna dengan probabiliti, seseorang
itu tidak boleh mengetahui sesuatu dengan pasti (deterministik), seseorang itu
hanya boleh mengetahui sesuatu seandainya peristiwa itu telah berlaku, dan
runtuhnya falsafah deterministik. Kisah bagaimana Albert Einstein menolak teori
probabiliti quantum.
Kisah probabiliti
·
Ketika
seseorang tidak melihat, maka sesuatu itu tidak wujud, kerna sesuatu itu dalam
keadaan probabiliti kewujudannya dalam koordinat itu, tapi di saat seseorang
melihat ke arah sesuatu itu maka sesuatu itu 100% kewujudannya dalam koordinat
itu, benarkah pendapat ini?
·
Sesuatu
itu wujud dalam koordinat, tapi di saat seseorang memandang sesuatu itu,
sesuatu itu bergerak ke arah koordinat lain, benarkah? (rasanya salah)
·
Electron
itu tidak diketahui sama ada wave atau particle, tapi di saat dikaji oleh si
pengkaji, electron itu akan menunjukkan sifatnya berdasarkan apparatus yang
digunakan oleh si pengkaji tadi.
·
Electron
itu tidak diketahui sama ada spin up atau spin down, tapi di saat dikaji, maka
electron itu akan menunjukkan bahawa dia itu tengah dalam keadaan spin up atau
spin down. Maknanya, seseorang itu tidak boleh mengetahui sifat electron
sebelum dijalankan uji kaji, begitukah?
·
Maknanya
lagi, realiti electron itu lain daripada yang diketahui oleh manusia? Tanpa si
pemerhati, maka electron itu bagaikan lain sifatnya, dan hanya si pengkaji
sahaja akan menentukan sifat electron itu?
·
Tapi,
benarkah si pengkaji yang menentukan sifat electron itu, atau electon itu
seperti mempunyai kesedaran (hasil pemberian Pencipta) di mana kesedaran itu
membantu electron untuk menentukan sifatnya sendiri?
·
Apa
sebenarnya realiti electron? Adakah realiti itu boleh diterangkan menggunakan
matematik?
·
Tapi,
bagaimana seandainya matematik itu tidak bebas nilai?
Ulasan
Catat Ulasan