Adakah aku perlu tulis kata-kata semangat apabila aku tidak bersemangat, agar aku kembali bersemangat?
Atau adakah aku perlu tunggu aku bersemangat baru menulis ayat-ayat semangat?
Adakah aku jangan menulis kata-kata pain apabila aku rasa pain?
Atau tulis kata-kata pain apabila aku rasa pain?
Aku tulis perkataan semangat apabila aku rasa pain, dengan harapan aku bersemangat, tapi hasilnya, aku lemas dengan tulisan aku sendiri, sebab itu aku malas nak hipokrit semangat dalam tulisan aku.
Aku tulis pain ketika aku rasa pain, kerna pain tidak ilusi, tidak palsu, kerna hati aku dah terbiasa dengan kegembiraan rasa pain.
Aku juga pernah tulis kata-kata semangat, tapi semua itu ilusi, yang kekal sementara, yang kekal apabila aku berada di alam fantasi tapi hilang apabila aku masuk ke alam realiti.
Sebab itu, aku rasa sesuai aku menulis kata-kata pain, kerna kata-kata pain menyentuh hati aku, dan aku malas menulis kata-kata semangat kerna hati aku hanya tersentuh sementara. Aku tahu hati aku rosak, tapi aku juga berharap, agar suatu hari nanti, aku lebih ke arah kata-kata semangat berbanding kata-kata pain. Tapi, adakah aku perlu berubah sekarang, tapi aku tidak tahu bagaimana, atau aku hanya perlu tunggu dan tunggu dan tunggu, tapi, hasilnya juga tiada, jadi apa yang perlu aku lakukan sekarang?
Adakah aku perlu belajar bersemangat atau menghayati pain?
Adakah aku perlu tinggalkan kata-kata pain, dan menghayati kata-kata semangat?
Aku pernah menghayati kata-kata semangat, tapi aku rasa pain kembali, so, apa yang perlu aku lakukan ?
Give up dan menghayati pain, tapi pain menyeksakan hati dan minda aku....
Belajar bergembira? Bagaimana? Aku sendiri rasa banyak benda di dunia ini adalah kegembiraan ilusi sahaja...
Aku dah overthinking akhirnya aku lemas di alam fikiran aku sendiri. Bagaimana nak hilangkan overthinking ini? Aku dah rasa penat sangat ......
Ulasan
Catat Ulasan