You are so beautiful - may be ------------- illusion
sambungan dari (((((((((((2)))))))))))
Dia, aku dan
Rikkie berjalan bersama, masing-masing ada kisah masing-masing, tapi yang pasti
dan mungkin sama, adalah hasil kisah cerita, hasil pain yang dirasai, dan
mungkin kisah cinta romantis loser bersama, kah kah kah, loser sial. Kalau dah
tahu loser, tak kan nak stay tempat ini, persekitaran ini? Kalau kau
bersemangat nak stay - sila, tapi, bagi aku, bagi manusia loser seperti aku,
bagi manusia rosak seperti aku - malas nak berusaha, kerna loser tetap loser,
kau ingat ini kisah drama, loser menjadi winner? Kau ingat ini kisah anime,
loser menjadi watak utama? F**k.
Ini realiti, dan
kau jangan nilai realitas atas anime, atas drama, atas movie, kerna dalam movie
itu, adalah khayalan indah si pembuat movie, mungkin indah atas fantasi tapi,
realiti hancur, kah kah kah, fantasi dijadikan nilaian realiti, akhirnya diri
sendiri terlena di alam fantasi, melupakan kisah realiti pain. Sampai bila?
Kau layan buku,
kau dapat apa? Kau layan buku, kau tahu, so what? Kau tahu IMF, kau tahu
kapitalis, so what? Kau tetap jadi hamba kapitalis kah kah kah... Kau tahu
ideologi, akhirnya ideologi hancurkan kau, kau tahu kapitalis, akhirnya kau
dihancurkan kapitalis, kerna, kau ingat kau watak utama dalam dunia ini, nak
jadikan dunia indah tanpa hamba materialis berleluasa. Kah kah kah, harapan
loser mereka yang tidak bisa hidup dalam kapitalis indah ini.
Manusia membaca
buku, mungkin kerna anarki, mungkin kerna kosong, mereka rasa sedih, jumpa pula
buku, akhirnya jadi anarki kerna ideologi buku. Mereka katakan kapitalis bodoh,
tapi, adakah ayat itu terhasil kerna mereka sendiri bodoh dalam kapitalis, kah
kah kah. Kau tidak bisa hidup dalam kapitalis, jangan pula kau suruh manusia
lain lari daripada kapitalis, kecuali kau jumpa spesies kau, maka kau bisa isi
masa loser kau bersama, seperti aku, kah kah kah.
Yin, berusaha
belajar muzik dari Rikkie. Aku sekadar lihat, kerna bagi aku, usaha itu
sia-sia, kerna sia-sia, apabila kau menganggap usaha itu bakal menggembirakan
kau. Aku silap eh? Aku mungkin silap, tapi, kau harap apa, andai kata manusia
rosak seperti aku berkata? Adakah kau nak dengar ayat hipokrit aku menaikkan
semangat loser kau?Adakah kau nak dengar ayat indah romantis percintaan aku dan
dia? Kah kah kah, aku malas, ini aku, bukan aku di dalam drama korea, aku dan
drama kisah lain, kisah mengangkat tragedi sebagai pedoman hidup, kata Syed
Naquib al-Attas.
Dia belajar
gitar, katanya, dia mahu bermain ala metal, ala-anarki, mungkin sesuai
dijadikan band bersama anarki dan emo. Aku harap, di dalam hati, dia tidak
bersemangat palsu, semangat yang senang nak hilang, seperti aku ini. Aku
sekadar lihat, sama ada aku tafsir jahat atau baik, aku sekadar lihat, kerna,
daripada dia melayan keindahan cinta, lebih baik dia melayan ke-pain-an muzik
emo dan anarki.
Dia masih membaca
buku. Buku anarki, buku ideologi, buku berfikir katanya, buku think outside the
box katanya, kah kah kah. Buku yang dibaca oleh manusia loser di alam
kapitalis. Buku si kaki loser kerna cinta ditolak, akhirnya mencari kawan baru,
dan berjumpa buku, mendekati buku kerna sedih, akhirnya buku ideologi itu
mengindahkan pemikiran kau, indah dengan ajaran pain. Sedih kerna cinta, jumpa
buku, dan berharap menjadi hebat, agar wanita itu tersentuh, f**k, harapan
bodoh kau untuk menyentuh hati wanita itu, kalau dah kalah, kalahlah, kau ingat
ini kisah anime, ini kisah drama, ini kisah kau la bodoh, jangan samakan
khayalan semangat hasil movie yang kau tonton dengan realitas kau.
Rosak tak hati
dan minda aku? Kalau rosak, maka apa yang aku katakan, apa yang aku tuliskan,
juga rosak, kerna semua hasil penglihatan dan pengalaman aku tafsir guna hati
dan minda yang rosak ini, yang hancur ini.
Jadi, kau nak
buat apa?
Kau nak bantu
aku?
Get lost.
Kau tidak kisah?
Thanks.
Kau nak tafsir
aku berdasarkan kisah hidup kau?
Silakan, kerna
aku juga akan tafsir kisah kau berdasarkan hati aku, kah kah kah. S**t, aku
gurau, aku tidak ada masa nak nilai hati manusia winner, buat apa aku nak nilai
hati winner sedangkan aku ini loser, kah
kah kah.
Dia membaca dan
terus membaca. Dia anggap baca itu bermanfaat, tapi, dia tidak sedar, baca itu
bakal menyakitkan kau, kerna baca itu menyebabkan kau tahu dunia moden, dan
moden itu hancurkan kau. Dia berkata sistem dengan bangganya, dia bercerita
teori kontroversi dengan indahnya, dia berkata politik, sosial, ekonomi,
sains... kah kah kah.... kau dapat apa tahu semua itu? CGPA kau menaik? Kah kah
kah. Kau dapat capap depan awek? Loser.
Aku berkata itu
depan dia, tapi, dia diam sahaja, dan senyum dengan aku, senyuman loser harapan
indah ingin gembirakan hati. Dia ingat aku tidak pandai hipokrit senyum,
sedangkan lakonan senyum adalah kelebihan aku.
“Amad, kau jangan
nilai manusia lain berdasarkan kisah kau.”
“Jadi, kau nak
aku nilai manusia lain berdasarkan kisah siapa? Kisah loser kau?”
“Diam saja, dan
perhati. Jangan kerna kisah loser kau, maka kau anggap semua manusia itu loser
seperti kau.”
“Aku tak sangka
kau cakap seperti itu......”
“Bukankah kau
juga pernah tulis ayat itu.”
“Itu tulisan
dulu, dan aku sekadar tulis, untuk sedapkan hati loser aku.”
“Kau tulis, dan
akhirnya kau sendiri hancur hasil tulisan kau..”
Aku sekadar diam.
Aku pernah jadi
hamba buku, tapi aku abaikan buku itu, kerna, walaupun buku itu menyentuh hati
aku, tapi, aku tetap lemas dengan ke-loser-an aku di realiti ini. Aku baca
buku, kerna nak lari daripada realiti mahasiswa aku, aku baca buku, kerna nak
gembirakan hati aku, tapi, selepas aku lalui seharian kisah aku, aku tetap rasa
hilang semangat nak hidup. Sejak bila aku ada semangat nak hidup? Aku dah lama
hilang benda indah itu, mungkin dah hampir 5 tahun aku rasa seperti ini. Loser,
useless,dan malas nak lalui hidup. Aku lagi prefer, berkurung di dalam bilik,
dan berkurung bersama rasa pain hati aku. Pain kerna semua, yang malas aku nak
fikirkan. Buat apa nak fikirkan, aku tidak dapat apa-apa pun, perasaan nak
bunuh diri adalah.
Dalam anime Fruit
Basker, seseorang itu berkata
“Sometimes, we
need someone to accept us and love us first. Then, we would learn to see
ourselves through that person’s eyes and learn to love ourselves.”
Kah kah kah, berapa
ramai manusia yang terpengaruh dengan ayat indah itu. Ayat nak naikkan semangat
nak hidup, kah kah kah. Itu anime, itu fantasi, dan kau bukan hidup di alam
fantasi, tapi di alam realiti. Tapi, aku rasa aku perlu sedapkan hati kau, agar
kau tidak berputus asa untuk hidup, seperti aku.
“Cari lah si dia, carilah cinta, cinta yang bakal
menyentuh hati kau. Cinta yang memberi kau semangat hidup, cinta yang kau ingat
ketika membuka mata di siang hari, dan cinta yang kau ingat ketika kau nak
tidur. Cinta yang menggembirakan ala drama korea, wanita yang senyumannya
menyentuh hati, senyuman yang mencairkan hati kau ketika melihat dia senyum dan
memandang diri kau. Cinta itu indah, kerna pain bisa hilang ketika mendengar
suaranya, cinta itu indah, kerna hati rasa indah, ketika mata memandang
wajahnya. Cinta itu indah, kerna mulut bisa tersenyum, dikala hati merasai pain
kesakitan realiti ini. Cinta mengajar untuk berusaha, cinta mengajar untuk
melihat dunia ini dengan penuh senyuman, dan kau gembira ketika kau dan dia berpegangan
tangan, dan menganggap bahagia itu milik kau........
Dan semua itu F**K ... kah kah kah....”
Ini kisah kau
mungkin, dan mungkin kisah aku, dan mungkin kisah hasil rekaan minda rosak aku,
dan mungkin kisah tafsiran minda dan hati kau. Tapi, yang pasti, kau dan aku
lain, rasa pain tafsir lain, rasa cinta tafsir lain, yang pasti aku tahu, minda
dan hati aku rosak, oleh itu, stop dengar apa yang aku kata, stop baca apa aku
tulis. Dan stop, tafsir kisah aku, tulisan aku, menjadi kisah baik, menjadi
kisah buruk, menjadi kisah naikkan semangat, menjadi kisah jatuhkan semangat,
kau dan aku lain, kisah aku lain, dan jangan samakan kisah kau dan aku sama,
kerna aku hanya satu di dalam cerita aku, dalam cerita aku, kau tiada, hanya
aku sahaja yang ada dalam kisah ini, jangan samakan rasa mungkin sama, tapi,
kisah tafsiran lain.
“Cinta itu shit. Cinta itu dah lama hilang di kala
zaman consumerism berleluasa. Cinta itu dah lama pupus di kala materialis
menjadi idola si pencinta. Kau mencari cinta moden, maka kau perlu ada materialis
agar bisa membeli hati. Cinta itu indah, maka kau belilah cinta, beli berapa
ramai yang kau suka, akhirnya bukan keindahan yang kau pelajari, tapi pain yang
seronok dilayan bersama dengan lagu semangat rendah, dan kau menjadi loser.
Itupun kalau kau dapat merasai cinta. Kalau kau tidak bisa merasai cinta kerna
kau hancur di realitas kapitalis, maka carilah duit banyak-banyak. Kah kah
kah.....Ataupun kalau kau tidak bisa dan tidak mahu melayan cinta realitas,
maka kau bisa melayan cinta khayalan drama, agar kau merasai cinta sebenar,
cinta ala loser. Sampai bila kau nak stay seperti itu, adakah kau mahu stay
seperti itu, atau kau mahu jadi anarki, pain, dan – atau apa-apa selain loser
kerna khayalan drama?”
Cuma perlu ingat,
Friedrich Nietzsche pernah berkata, bahawa
He who fights
with monsters might take care lest he thereby become a monster. And if you gaze
for long into an abyss, the abyss gazes also into you.
True love is like ghosts, which everyone talks about and few have seen.
I am good, but not an angel. I do sin, but I am not the devil. I am just a small girl in a big world trying to find someone to love.
Sambungan : Klik di sini

Ulasan
Catat Ulasan