you-are-so-beautiful-maybe----------------illusion
sambungan dari ((((((((1))))))))))))))
Dia bernama
Rikkie.
Wanita itu, selepas aku memerhati dan melihat keadaan, akhirnya aku
sedari,bahawa semuanya aku tafsir asal kerna pengalaman aku seorang sahaja.
Tapi, aku tidak kisah, kerna, sejak bila hati aku yang teruk ini kisah akan
kehidupan manusia lain, hipokrit aku nak sedapkan hati mereka.
Dalam beberapa
bulan, aku dan Rikkie duduk di persekitaran ini, bersama melihat perkembangan
percintaan ilusi wanita dan lelaki itu. Rikkie menyanyi, dan aku sekadar diam,
berjalan, kerna aku sendiri tidak pandai bermain muzik. Malam, aku dan Rikkie
ke kelab, melepaskan kekosongan hidup, walaupun aku dan dia tahu, semua itu
adalah kegembiraan ilusi yang diisi di dalam hati kami, tapi, apa lagi nak aku
dan dia lakukan untuk hidup cara normal. Aku dah lama rosak, kerosakan tidak
bisa bersama normal, kerna rosak dan normal itu 180 darjah berbeza, dan beza
itu juga tidak bisa ada dalam society, kerna beza boleh jatuhkan kau oleh
mereka, atas pendapat normal mereka, dan kau akan memilih untuk berseorangan
ditemani fantasi, tapi, jangan terlena dalam fantasi, kerna takut, diri lupa
akan beza fantasi dan realiti, dan akhirnya kau dianggap gila.
Akhirnya kisah
terjadi, kisah sedih bagi dia, tapi bagi aku dan Rikkie, kisah itu telah lama
kami ending-kan, mungkin berdasarkan pemerhatian dan pengalaman kisah loser
dahulu, kisah aku dan romantis indah ilusi khayalan fantasi yang menggembirakan
dan menghancurkan hati yang merasai hasilnya. Ketika aku melihat wanita cantik
itu, aku hanya ketawa, kerna dia kini bersama lelaki lain, lagi handsome, lagi
kaya, lagi berguna dari lelaki dia yang pertama itu.
Lelaki pertama
itu melihat dari belakang, wanita itu memandang belakang, dia senyum, wanita
itu buat muka shit, muka sesuai untuk lelaki loser, muka shit yang aku lihat
ketika aku dipandang loser percintaan indah mereka katakan. Lelaki itu senyum,
hmmmm..... senyum itu sekadar nak sedapkan hati, tapi minda aku yang rosak ini
menilai bahawa senyuman itu adalah senyuman loser, senyuman loser yang ingin
menerima pain dan meneruskan kehidupan mengulangi cycle percintaan moden bodoh
kawalan duit dunia IMF.
Lelaki itu jalan
arah kami. Dia pandang aku, dan
“Bodoh punya hati”,
ayat itu aku dengar lelaki itu ucapkan.
“Ayat loser...”,
aku sambung.
Lelaki itu
pandang aku tajam.
“Kenapa?”, aku
katakan, lawak pandangan loser itu, kah kah kah.
Dia diam.
“Aku dah pernah
katakan, bahawa cinta itu tidak ada lagi dalam era kapitalis tercinta ini. Tapi,
kau tidak mahu dengar. Sedap tak rasa pain tu? Setiap manusia harus rasai pain
itu, agar mereka sedar, bahawa cinta itu hanya kegembiraan ilusi, kegembiraan
untuk melupakan kebenaran dunia realitas moden hasil falsafah materialis.”
“Fuck!”, ayat itu
dia keluarkan.
“So, macam mana?”
“Aku nak balik
rumah, bercinta dengan buku lagi bagus daripada bercinta dengan seorang
perempuan.”
“Alasan bodoh.
Kau dapat apa baca buku?”
“Ilmu.”
“Kau dapat apa,
kalau kau tahu ilmu tu?”
“Kepuasan..”
“Kepuasan? Kau
buat lawam eh? Hmmmm.. atau kepuasan itu
adalah kepuasan seorang lelaki loser?”
“Jadi apa yang
perlu aku lakukan.”
“Stop baca buku,
kau dapat apa baca buku? Kau dapat apa andai kau tahu apa itu kapitalism, apa
itu secularism, demokrasi, sosialis, kau dapat apa kalau kau tahu benda bodoh
tu? Nak capap depan awek?”
“Kau dan aku
lain.”
“Aku tahu itu,
tapi, sampai bila kau nak jadi hamba ilmu? Kau baca tapi hati kau sengsara.
Menuntut ilmu itu bagus, tapi, adakah kau bahagia tahu semua ideologi indah
itu, ideologi anutan manusia moden untuk menggapai kebahagiaan hakiki. Kah kah
kah.”
“Kau rosak Mad...”
“Ya, aku rosak.
Tapi, aku terima itu, aku terima aku rosak. Aku tanya kau, kau tidak rosak,
adakah kau bahagia sekarang? Bahagia membaca buku banyak, akhirnya lemas di
alam realiti sendiri.”
“Kau diam
lah....!”
....
Dunia moden,
dunia materialis indah manusia, makna kejayaan adalah how much your money, dan
kau boleh beli cinta wanita lawa. Cinta mereka kata indah, aku kata indah kerna
aku senang sahaja beli hati wanita, dengan materialis duit. Wanita itu kata dia
cari cinta bahagia, tapi, hipokrit sial, cinta kawalan duit, aku senang sahaja
beli hati mereka, tapi masalahnya itu bukan aku, kerna yang beli cinta wanita
itu bukannya aku, tapi aku yang di-loser-kan oleh duit yang membeli hati pujaan
romantis hati bodoh aku. Aku belajar daripada pengalaman, cinta romantis bodoh
menyedihkan hati, dan hati aku tertutup, selama-lamanya.
Ya, ada wanita
datang, tapi, kisah sama juga berulang,
malah lagi pedih dan menyeronokkan hati melayan pain. Loser sial. Kelemahan
aku, aku pula tafsirkan untuk kisah lelaki itu, seperti kisah mereka sama
dengan kisah aku, tapi, apa lagi seorang yang rosak akan lakukan, apabila
nampak kisah sama berlaku di dalam realiti manusia lain?
“Kau nak join
aku? Kita buat band dan tunjukkan anarki kau. Aku tahu kau anarki, tapi kau
pendamkan kerna kau merasai keindahan cinta., dan akhirnya cinta itu ajar kau
untuk terima kau yang sebenarnya. Sedih berubah anarki, dan kau akan pandang
cinta itu daripada mata seorang anarki loser... Sama seperti aku. Kah kah kah
...”
“Tak nak.....”
“Jom, kita buat
band. Kita merantau, tapi aku tidak paksa, Cuma sampai bila kau nak seperti
ini. Aku tidak janji kita akan berjaya, sebab sejak bila loser seperti aku bisa
berjaya, tapi, kau nak kisah hidup lain? Sampai bila kau nak membaca dan
menyeksa minda kau?”
“Kau tidak
membaca sebab itu kau tidak tahu...”
“Hmmmmmm, aku
membaca sebab itu aku tahu kau macam mana.”
“Kau tidak tahu
semuanya.”
“Ya, hanya kau
sahaja tahu kisah kau, sebab itu, aku ajak kau agar kau fikir, kisah apa yang
kau dapat dengan membca buku ideologi, buku falsafah, sampah sahaja, kau tidak
dapat ubah apa-apa pun, loser tetap loser, baca atau tidak, loser rasa seksa
dahulu. Sebab itu jom kita merantau, dan belajar merasai keindahan pain, dan
keindahan itu kita sebarkan melalui muzik...”
“Aku tidak pandai
bermain muzik....”
“Aku pun tidak
pandai, dan jangan anggap muzik itu sama dengan muzik loser yang kita dengar
setiap hari, muzik hipokrit naikkan semangat, sial semua itu. Aku nak kau reka
muzik berdasarkan kisah kau dan kisah itu kau perlu rasai sendiri, tanpa perlu
fikir manusia faham, kerna mana ada manusia nak faham kisah manusia loser.
Muzik yang kita nak reka, mungkin kita tidak dengar, kita tidak main, tapi, aku
nak kau sendiri dengar, tanpa perlu sebarkan kisah itu.”
“Tapi, bukankah
kau nak sebarkan muzik itu...?”
“Ya, tapi bukan
sebar ala kapitalis, tapi ala underground. Dan kau juga tidak perlu belajar
muzik, sekadar tulis mungkin cukup....mungkin, tapi, jangan harap kegembiraan
akan kau capai dengan cara ini.”
“So, apa guna aku
join kau...?”
“Untuk tambah
kisah aku dan kau...”
“Loser sial...”
“Tau tak pa..”
.....................
Ini kisah loser,
seperti aku. Kisah aku seorang atau mungkin ramai. Ilusi atau tidak, tapi ilusi
itu tidak lagi ilusi kerna aku jalankan kisah itu, sekadar pain yang mungkin
berkelana, tanpa harapan kegembiraan , tapi hati aku penat melayan kisah loser
aku hasil bacaan buku, bajer berfaedah, tapi menghancurkan aku. Buku good bye,
semua good bye, ini kisah aku, kisah loser aku yang tidak ada manusia faham,
kerna manusia faham kisah manusia lain, berdasarkan tafsiran daripada kehidupan
dan pengalaman yang dilaluinya.
Cinta itu indah, tapi lagi indah andai kata pain dirasai,kerna pain itu adakalanya berasal daripada cinta, buat apa nak rasai cinta andai kata akhirnya pain juga dirasai.. lebih baik merasai terus pain percintaan.
bersambung... mungkin........kalau aku rajin.........
Sambungan : klik di sini
Ulasan
Catat Ulasan