Apa semua ini
Selepas semua ini,
dia rasakan sia-sia, dia rasa kosong, dia rasa tidak berguna, dia rasa dia
hanya membuang masa sahaja, andai kata dia teruskan semua ini. Buat apa dia
minat falsafah, bukankah lebih seronok meminati teknologi? Kenapa dia nak belajar
falsafah, adakah dia nak dimaki oleh manusia sekelilingnya? Kenapa dia nak tahu
falsafah menurut pandangan agama, adakah dia tidak belajar bagaimana manusia
sekelilingnya berdebat menggunakan agama?
Dia berhenti, dia
bercadang berhenti. Dah berapa kali dia rasai seperti itu, dia rasa semua tidak
berguna, andai kata dia teruskan. Mungkin semua itu membantunya dalam proses
sastera rosak, tapi, dia dapat apa? Adakah dia bergembira? Adakah dengan semua
itu, dia boleh teruskan kehidupan dalam sistem indah ini?
Mungkin, dah tiba
masanya dia menerima dan meninggalkan semua itu. Buat apa nak tahu apa itu
demokrasi, apa itu kapitalisme, apa itu sosialisme, apa itu sekularisme, apa itu naturalism, positivistic realisme, dan
semuanya. Buat apa semua itu dia ketahui? Adakah dia gembira?
Kenapa dia nak layan
berdebatan indah manusia, kenapa dia nak layan perdebatan agama, sains,
falsafah manusia lain? Bagus dia abaikan semua itu, biar saja manusia yang
berilmu ambil kisah benda itu. Bagus dia belajar teknologi, mungkin itu boleh
menggembirakan dirinya. Lebih baik dia habiskan masanya dalam bidang teknologi.
Adakah selama ini dia
dikelirukan dengan semangat belajar falsafah sains dan falsafah yang lain?
Adakah semangat itu adalah permainan syaitan, sehinggakan dia tidak kisah akan
sekelilingnya, sehingga dia tidak kisah akan kisahnya sendiri? Adakah semua itu
boleh mendatangkan kegembiraan untuk dirinya, sedangkan berdasarkan tafsirannya,
melalui penglihatannya, apa sebenarnya faedah dia tahu semua itu. Dia rasa
gembira lagi dahulu, tanpa fikir semua itu, tanpa fikir akan permainan
kapitalisme. Sekarang, kerna dia tahu sedikit apa itu kapitalisme, otaknya
telah mula menyoalkan aktiviti harian manusia, hinggakan dia rasa malas untuk
mengikuti aturan itu. Adakah dia salah? Adakah pemikiran dia salah atau betul?
Kalau betul, kenapa dia tidak rasa gembira? Hanya kekosongan sahaja penemannya?
Apakah semua itu?
Mindanya telah ‘terbuka’ sangat hinggakan menjadi keburukan ke atas hati dan
akalnya sendiri. Semangat itu sepertinya hanya sia-sia, yang datang sekadar
kerna nak lari daripada permainan kapitalisme, kerna dia nak lari daripada
kesibukan dunia kapitalisme. Dia membuka buku, kerna nak lari daripada dunia
realitinya, yang dikawal oleh sistem indah masyarakat moden. Dia baca buku,
kerna berdasarkan akalnya, membaca buku itu menyeronokkan baginya, tapi
akhirnya, dia sendiri merana kerna mengetahui sesuatu yang dia sendiri tidak
perlu ketahui.
Dia menjadi malas,
manusia lain berusaha untuk berjaya dalam sistem kapitalisme, dia pula
mempersoalkan sistem itu. Apa yang dia dapat? Hanyalah kesedihan dan kekosongan
hatinya, hanyalah dia dimaki kawan-kawannya, dijauhi kerna lari daripada fikrah
manusia. Dia hanya dibenci masyarakat kerna mempersoalkan semua itu, akhirnya
hatinya jauh daripada masyarakat, akhirnya dia takut masyarakat, akhirnya dia
takut manusia, dan akhirnya dia malas nak teruskan kehidupannya.
Manusia lain
gembira dalam usahanya untuk berjaya,
dia pula, sekadar sampah yang tiada ada gunanya dalam kehidupan masyarakat.
Adakah dia perlu menjadi radikal, dan menggunakan maklumat yang ada dalam
kepalanya untuk ‘menyedarkan’ manusia akan apa itu sistem kapitalisme? Tapi,
apa yang dia dapat? Hanya dimaki, dipandang rendah, dihina dan ditertawakan
kerna tidak berjaya dalam sistem kapitalisme. Mereka yang berjaya dalam sistem
kapitalisme akan katakan
“Manusia lain berumah lawa,
kereta lawa, kau pula, kerna tidak bisa berjaya dalam sistem kapitalisme maka
kau memanggil manusia yang lain untuk bersama kau di mana manusia yang lain itu
juga senasib dengan kau, dan kau gunakan mereka untuk menyerang sistem
kapitalisme. Itu sahaja yang kau mampu. Apa yang kau dapat buat macam tu?
Akhirnya perut kau lebih penting dari ego kau sendiri, kah kah kah, loser.”
Dia rasa malas untuk
berusaha agar berjaya dalam sistem kapitalis, kerna hatinya seperti rasa tidak
seronok, tapi akhirnya, dia sendiri merana kerna tidak bisa hidup gembira dalam
sistem itu. Dia merana, dan untuk menghilangkan rasa merana itu, dia membaca
buku mengenai sistem, agar semangatnya terus menaik dan tinggi. Semangat itu
membuatkannya gembira lagi, dan dia teruskan lagi usahanya itu, usaha untuk
majukan ummah moden, itu yang dia katakan.
Tapi, lama-lama, dia
sedar, dia sedar bahawa hatinya tidak gembira, hatinya tidak menjumpai apa yang
dia harapkan. Dia rasa kekosongan, dan seperti biasa, untuk menghilangkan
kekosongan itu, dia membaca lagi, agar semangatnya tidak hilang. Begitulah
hidupnya. Lama kelamaan dia sedari, bahawa dia telah bosan dengan permainan ‘semangat’
itu. Semangat yang dia harap boleh memberi dia tujuan hidup, semangat yang dia
harap boleh membantunya menemui kegembiraan yang sebenarnya, kegembiraan yang
dia mahu untuk menghilangkan kesakitan dan rasa merana yang ada di dalam
sanubarinya. Dia berputus asa untuk teruskan kehidupan, just internal suicide.
Dia rasa kosong, kosong,
kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong,
kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong,
kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong,
kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong,
kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong,
kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong,
kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong,
kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong,
kosong.
Akalnya bermain
lagi..............................
“Kenapa minda ini tidak boleh menerima ikutan masyarakat dengan hati
terbuka? Kenapa minda ini suka mempersoalkan semua ini, yang akhirnya aku sendiri rasa merana, sedih
dan kosong? Aku benar-benar nak hilang ingatan, agar permainan yang ada dalam
mindaku ini hilang, tanpa perlu menghilangkan yang lain. Aku nak buang semua
ini, nak menjalankan kehidupan seperti manusia lain................ Aku nak
jadi seperti mereka............... bersemangat untuk hidup... bukannya
bersemangat palsu yang dianggap real oleh hati dan akal aku.”
Dia rasa, dia lebih
gembira ketika dahulu, ketika dia tidak mempersoalkan semua itu, ketika dia
hanya mengikuti susunan masyarakat. Dia rasa dia rindu dirinya yang dahulu,
tanpa memikirkan semua itu, tanpa merasai kekosongan dan kesakitan dan
keperitan semua itu.
Sekarang ini dia
bingung, adakah dia masih bersemangat untuk teruskan semua itu, atau dia harus
berhenti. Adakah dia harus lupakan permainan ‘semangat’ yang ada dalam dirinya,
dan meninggalkan semua itu? Tapi, apa lagi yang dia bisa buat untuk
menggantikan semua itu? Dia tidak tahu apa-apa selain permainan yang ada dalam
mindanya itu. Dia hanya tahu melayan falsafah bodoh itu, falsafah sistem bodoh
yang dia sendiri tidak sedari bahawa dia hanya akan mendapat rasa ‘pain’ andai
kata dia melayan semua itu.
Ya Allah, aku memohon
bantuanmu. Bantulah hamba-Mu ini. Berikanlah hamba-Mu ini hidayah-Mu, dan
tunjukkanlah hamba-Mu yang hina ini akan jalan yang lurus, jalan yang Engkau
berikan nikmat kegembiraan, bukannya jalan yang engkau murkai dan bukan juga
jalan mereka yang sesat. Amin..
Dia terus mencari,
walaupun hatinya merana, kerna dia percaya, suatu hari nanti, dia bakal jumpa
apa yang dicarinya, dan dia berharap, yang dia tidak akan berputus asa untuk
hidup secara external, dirinya mungkin internal suicide, tapi bukannay external
suicide, atau sebaliknya?
Tapi yang penting..
Kawannya pernah
katakan
“It is ok to give up, but do not give up to
live. It is ok to commit suicide, but just externally, not internally, because
your heart is important. So, keep your heart warm, even though you feel pain,
keep your heart to live even though you give up to wake up from your reality.”
Ulasan
Catat Ulasan