Apa


Kerna, maklumat dikumpul di dalam buku, maka maklumat itu di sangka ilmu, dia menjadi bangga kerna dia tahu ‘ilmu’ itu. DIa rasa dia golongan berilmu, dia rasa dia hebat kerna tahu ‘ilmu’ itu. Dia baca dan terus baca, buku yang dikatakan ‘berilmu’.  Dia menghabiskan masanya membaca, tanpa sedari sekeliling. Maklumat itu dikumpul di dalam benak akalnya, dikatakan olehnya bahawa itu ‘ilmu’, ‘ilmu’ yang harus diketahui oleh manusia lain.

Akhirnya, dia sedari, bahawa itu bukannya ilmu, sekadar maklumat yang telah dikelirukan sebagai ilmu. Maklumat banyak di kepalanya, tapi langsung tidak ilmu, perdebatan dijadikan idola, menang dan melemahkan pihak lain. Dia lihat sekeliling, melalui facebook, youtube, semuanya.. semua berdebat menunjukkan siapa yang berilmu, akhirnya, semua itu menyedarinya… Bukan ini yang dia mahu.. dia mahu sucikan hatinya, bukannya melatih mulutnya bijak berkata-kata.

Dia bersyukur, kerna dia kekurangan keyakinan diri, dia bersyukur kerna tidak bijak berkata-kata.. Andai kata dia itu bijak berkata-kata dan penuh keyakinan diri, maka, dia mungkin akan terjerumus lagi dalam dalam kencah perdebatan golongan ‘berilmu’. Nasib baik, seandainya dia bijak berkata-kata, maka dia akan cakap tanpa kawal, cakap tanpa lihat sekeliling, sebar maklumat yang dia anggap ilmu, agar masyarakat ‘sedar’.

DIa lihat sekeliling.. ramai si pandai teori, kumpul maklumat di kepala, dan debat.. debat dan debat. Tapi, kita kekurangan teknologi, kita bukan kekurangan ahli teori, tapi kekurangan ahli teknologi hebat. Agama menjadi senang, kerna semua boleh bercakap tentang agama, walaupun dia hanya baca satu buku sahaja, tapi, dia dah berkeyakian untuk berkata-kata tentang agama, dia berkeyakinan memberi pendapat tentang agama, dah memandang rendah mereka yang telah lama belajar tentang agama. Kan bagus kalau ada golongan seperti itu dalam bidang teknologi.

Agama dijadikan alat berdebat. Siapa menang, siapa kalah, siapa banyak disokong, maka dia menang. Mudah sangat tertipu dengan nafsu menang. Kenapa? Kenapa senang berkata-kata mengenai agama, tapi, mana mereka yang bijak berkata-kata dalam bidang teknologi. Adakah teknologi itu dianggap hanya merosakkan alam? Adakah kerna dianggap si ahli teknologi sebagai materialistic semata-mata?

Kenapa maklumat dijadikan ilmu, adakah itu hasilnya mengumpul ‘ilmu’ di dalam akal? Itukah ilmu atau sekadar maklumat untuk dibanggakan agar orang jahil bertepuk tangan ketika engkau menang berdebat? Adakah untuk menjadi bangga apabila orang bodoh mengatakan dirimu pandai? Adakah untuk dijadikan tauladan agar dirimu dikatakan hebat kerna kisah akan ummah? Adakah kerna kau dipuji kerna ingin memajukan ummah?


Siapa yang maju sebenarnya? Ego sendiri atau ummah? Kepandaian atau kebijaksanaan?
Masing-masing berdebat agama, masyarakat awam melihat, bersorak, hati tambah ghairah, menyusun ayat indah berdebat, mencari di kitab-kitab yang ditinggalkan ulama dahulu, agar akalnya boleh menyusun ayat dan mencuba menyusun ayat itu agar sedap didengar masyarakat. Hasilnya?
Si A berdebat, si B berdebat, masing-masing ada penyokong, dan handphone pun berbunyi, masing-masing angkat handphone… buatan siapa? Bangsa kita? Kita banyak manusia yang hebat memusing ayat agama, tapi, mana manusia yang hebat teknologi? Kita banyak persaingan siapa hebat dalam agama agar boleh dijadikan hujah, tapi mana yang hebat teknologi? Adakah kerna teknologi itu membuatkan manusia menjadi bodoh?

Itukah hasilnya menuntut ilmu agama? Untuk dijadikan keghairahan agar didengari masyarakat awam? Dan mengelirukan orang awam tentang kebijaksanaan dan kedudukan orang yang sebenar-benarnya berilmu?

Adakah itu hasilnya kau membaca buku? Adakah itu hasilnya kau mengumpul ‘ilmu’ di dalam akal? Adakah itu hasilnya kau diberi ilmu?


Sebab itu, dia memilih untuk berdiam diri daripada perdebatan agama, dan malas nak ambil kisah, kerna semua itu, seperti tiada penghujungnya. Maka dia stop belajar agama, baca kitab mengenai agama, dan dia belajar teknologi. Dia tidak kisah lagi apa yang orang lain katakan, dia hanya belajar apa yang patut sahaja.

Dia juga dah jumpa apa hubungan sains dan agama, dan dia memilih sains sebagai aplikasi/teknologi, dan mengabaikan sains sebagai idea, sains sebagai tafsiran. Dia belajar teknologi, walaupun seperti kawasan ini kekurangan tempat research dalam bidang teknologi.

















Ulasan

Catatan Popular