Cinta
Cinta
Cinta…… hmmm...
Cinta, dia mencari cinta, untuk merasai cinta, dia mencari cinta, agar hatinya tidak lagi terasa sunyi, tidak lagi terasa kosong. Dia mencari cinta seseorang, yang bakal menyentuh hatinya, mencairkan hatinya, memberi matanya cahaya, agar dapat melihat dunia berwarna-warni, kerna dia dah mula bosan dengan cahaya kelabu, mungkin dah tiba masanya, dia melihat warna-warni cahaya cinta.
Cinta itu indah, kerna adanya bahagia, dan ada kalanya -adanya duka. Walaupun pengakhiran cinta ada kalanya tidak seperti apa yang diharapkan, tapi pasti ada pengajarannya, pengajaran yang bakal mengubah dirinya selama-lamanya. Pengakhiran cinta bakal mengubah hatinya, sama ada menjadi baik, ataupun sebaliknya. Pengakhiran cinta bakal mengajarnya menjadi baik, ataupun mengajarnya menjadi hati yang tiada rasa dan perasaan (heartless).
Cinta, hatinya indah, apabila dia merasai seseorang, bakal memeluknya, di kala dia hancur ditelan realiti. Hatinya terasa indah, dikala dia bayangkan, seseorang bakal mencintainya sepenuh hati. Hatinya cair, dikala dia mengilusikan seseorang bakal senyum, di mana senyuman itu hanya ditujukan kepada dirinya seorang sahaja.
Cinta itu indah, cinta menjadikan dia baik, cinta menyelamatkan dirinya daripada ditelan depresi malam. Dia itu telah membuka sangkar ilusinya luas-luas, agar seseorang itu bisa memiliki hatinya, agar dia bebas terbang lagi di awan biru, tanpa perlu ‘mengurungkan’ dirinya sendiri, di sangkar ilusi rekaannya itu. Dia bebas, dia bebas, kebebasan hatinya yang tidak pernah dia rasai selama ini. Dia senyum, senyum dan senyum, kerna cinta membuatkan hatinya terasa indah, masalahnya hanyalah kecil, dibandingkan dengan rasa indah cintanya itu. Dia senyum, lupa akan depresinya, lupa akan psikologinya. Dia buang semua yang merosakkan hatinya, agar hatinya tidak lagi terkurung di alam ilusi. Dia terbang semula di alam realiti, mengabaikan alam fantasinya itu, terbang bersama dengan cinta, cinta romantis yang dia cari selama ini.
Lautan biru dia mula rasai secara real, bukan lautan biru ilusinya, yang sentiasa melemaskannya, di malam hari, suatu ketika dahulu. Dia berenang di lautan real, bersama cinta, menghayati keindahan malam yang berteman cahaya bulan, dan keindahan bintang. Dia tidak seperti dulu, yang lemas dalam depresi malam, dalam gelapnya malam walaupun adanya cahaya bulan. Dia tidak seperti dahulu, yang sentiasa lemas dalam lautan ilusinya, lemas bernafas sambil melihat bulan dan bintang dengan tafsiran depresi, tafsiran bipolar disorder, tafsiran social anxiety-nya. Kini, dia senyum, kerna semua itu telah dia jumpa akan penawarnya. Penawar itu sedang berdiri di depannya, senyum di kala dia melihat dirinya. Senyuman yang bisa mencairkan hati yang keras, senyuman yang bisa menghilangkan depresinya, senyuman yang bisa menghalang dirinya memasuki semula sangkar ilusi yang dia sentiasa fantasikan, dahulu.
Tapi itu dia, untuk aku pula, aku tak percaya semua itu. Kerna bagi aku, cinta sekadar alasan untuk lari daripada psikologi dan realiti seseorang. Cinta itu, sekadar ilusi yang di-real-kan olehnya, agar kisahnya sama seperti kisah drama. Cinta itu ilusi, untuk seseorang lari, daripada dirinya sendiri, daripada masalah ‘psikologi’-nya sendiri. Cinta romantis itu, bagi aku, bukannya ‘authentic source of aesthetic experience’. Ah! Hati dan akal aku dah corrupt, kerna aku mendekati arbitrari sebagai teman sastera rosakku.
Ulasan
Catat Ulasan