-kata hati-

Jangan pandang aku seperti itu, kerna, aku benci pandangan matamu.
Jangan pandang aku seperti itu, kerna aku benci cara matamu memandangku.
Jangan senyum ke arahku, kerna aku benci akan senyumanmu.
Jangan senyum ketika kau memandangku, kerna aku benci akan senyuman itu.
Jangan sedari kewujudanku, kerna aku benci kewujudanku disedari.
Jangan sedari kewujudanku, kerna aku tidak perlukan itu.
Jangan sedari kewujudan aku, agar aku ada sumber inspirasi.
Jangan sebut cinta kepadaku, kerna aku dah lama tak percaya akan kewujudan cinta.
Jangan bilang sayang kepadaku, kerna sayang di era ini tidak ada maknanya lagi.
Jangan kata cinta kepadaku, kerna cinta di era ini telah lama pupus.
Jangan kata cinta kepadaku, walaupun kau mencintaiku, kerna, aku pun 'cinta' kepadamu, tapi, cinta tidak bermakna hidup bersama.
Jangan kata cinta di depanku, kerna cinta dah lama pupus dalam hatiku.
Jangan kata cinta ke dalam hatiku, kerna cinta di hati ini telah lama mati rasanya.
Jangan kata cinta kepadaku, walaupun kau suka aku, walaupun aku suka kau, kerna, akal aku tidak mahu merasai akan cinta romantis.
Jangan kata cinta kepadaku, kerna cinta hanya ada di drama fantasi sahaja.
Jangan pandang aku, walaupun kau cinta akan aku, walaupun aku cinta kepadamu, kerna akalku tidak akan mencintaimu.
Jangan pandang aku, kerna aku benci matamu, aku benci senyumanmu, aku benci wajahmu, aku benci kewujudanmu, walaupun aku cinta kau, walaupun kau cinta akan aku.
Jangan pandang aku, kerna aku hancur di kala kau memandangku.
Jangan kata cinta kepadaku, kerna cinta itu bakal hilang dikala kau sebut kata cinta, di depanku.
Jangan bilang cinta kepadaku, kerna cinta tidak pernah ada di hatimu, jua hatiku.
Jangan kau kata cinta kepadaku, kerna cinta dah lama hilang, sebelum kau mengenal cinta.
Jangan kau mencintai aku, kerna kau langsung tidak pernah mencintaiku.
Jangan cintai akan aku, kerna cinta di hatimu bakal hilang.
Jangan kata cinta kepadaku, kerna cinta yang ada di hatimu, bakal hilang setelah kau kata cinta kepadaku.
Jangan sedari cinta aku, kerna cintaku ini sekadar palsu, sekadar untuk sastera rosakku.
Jangan percaya akan cintaku, kerna aku sendiri tidak percaya akan hatiku, akan cintaku.
Jangan tertipu dengan cintaku, kerna hati aku dah lama tahu bahawa cinta itu telah pupus.
Jangan terpedaya dengan cintaku, kerna itu bukan cinta, itu sekadar ilusiku, hasil permainan drama.
Jangan percaya cinta yang ada di hatimu, andai kata cinta itu adalah untukku.
Jangan terpedaya dengan hatimu, andai kata hatimu kata ia cinta akan diriku, kerna cinta di hatimu itu, adalah palsu.
Jangan sesekali percaya akan cinta, terutamanya cinta itu adalah untukku, kerna cinta yang kau rasai, sekadar ilusimu.
Jangan terima cintaku, kerna cintaku itu sekadar permainan mindaku, untuk menyakitkan hatiku, agar bisa hasilkan sastera rosak.
Jangan sesekali percaya cintaku, kerna cintaku itu sekadar permainan sasteraku.
Jangan sedari cintaku, kerna kau bakal menghancurkan sumber inspirasiku.
Jangan terima cintaku, kerna kau bakal mengosongkan sumber sastera rosakku.
Jangan kata cinta kepadaku, kerna kau bakal menghilangkan kesakitan hatiku.
Jangan ambil peduli akan cintaku, agar aku bisa menghasilkan sastera rosak, walaupun kau mencintaiku kembali, kerna aku akan menolak cintamu, walaupun aku juga cinta akan dirimu.
Jangan terima cintaku, kerna kesakitan cinta ini, adalah pencarianku, sebagai sumber inspirasi sastera rosakku.
Jangan cinta akan diriku, kerna aku perlukan kau menolak cintaku, agar sasteraku bertambah hebat, walaupun kau mencintaiku.
Jangan terima cintaku, kerna hati ini perlu rasai kesakitan, agar minda bisa rasa gembira.
Jangan sesekali mencintaiku, kerna aku perlukan kesakitan cinta, untuk hidup gembira di dunia ini.
Jangan pernah mencintaiku, kerna aku tahu, cinta itu sekadar ilusimu, hasil permainan sasteraku.
Jangan sedari kewujudanku, agar aku bisa bergembira di dunia ini.
Jangan percaya akan cintaku, kerna aku ini dah lama mati, di dalam ilusi cinta indah romantia.
Jangan percaya akan cintaku, kerna aku sendiri tidak percaya akan cintaku.
Jangan sedari akan kewujudan cintaku, kerna aku sendiri tidak mahu sedari akan kewujudan cintaku.
Jangan sesekali terpedaya dengan cintaku, kerna aku sendiri terpedaya dengan rasa cinta itu.
Jangan terpedaya dengan cintaku, kerna aku sendiri tidak percaya akan cintaku itu.
Jangan cintai aku, kerna aku sendiri tidak mencintai diriku.
Jangan sayang akan aku, kerna aku sendiri tidak sayang akan aku.
Jangan sedari kewujudan aku, kerna sesungguhnya aku sendiri tidak sedari akan kewujudan aku.
Jangan percaya akan cintaku, kerna aku sendiri tidak pernah percaya akan cintaku itu.....

Jangan percaya aku, kerna aku sendiri tidak percaya akan diriku sendiri.

Ulasan

Catatan Popular