-dia, bicara akan cinta-

Dia suka seseorang, tapi, dia terfikir, lebih baik, wanita itu, tidak menyukainya kembali, kerna cinta dia kepada wanita itu, sekadar suka-suka, bukan serius, yang membawa kepada perkahwinan. Dia itu, tidak mahu kahwin, tapi, dia juga melayan cinta. Bukan cinta kerna seks, tapi, cinta real, walaupun, dia tidak mahu membina masjid.

Dalam jiwanya, ada dua personaliti, satu nak cinta, dan satu lagi tak nak cinta. Yang satu nak cinta, kerna dia mencari cinta, yang satu lagi pula, dia tak nak cintanya dibalas, kerna dia takut, wanita itu bakal sedih, kerna dia, tidak mahu berkahwin, dia hanya nak sekadar cinta, kerna sasteranya. Sebab itu, lebih baik, cintanya tidak dibalas.

Tapi rasanya pedih, kerna bukan soal cintanya dibalas atau tidak, tapi, dia langsung tidak disedari kewujudannya. Sampah, mana perlu disedari kewujudannya, bayang-bayang, mana perlu disedari kewujudannya. Tapi, ia rasa pedih, kerna wanita yang dia sukai, langsung tidak sedari kewujudannya, dan akhirnya, hatinya bisa berbisik kepada dirinya, bahawa, dia dah biasa hidup seperti itu, pedih dan sakit, tapi apakan daya, dia terima sahaja.

Dia tidak kisah, andai kewujudannya, tidak disedari manusia lain, tapi, hatinya terasa pedih, dan sakit, apabila, wanita yang disukainya, menyedari kewujudan lelaki lain, sakit, sangat sakit, tapi apakan daya, dan ,dia juga telah lama latih dirinya, agar biasakan terima kepedihan seperti itu. Latih hati, kerna dia dah biasa dilayan seperti itu, oleh wanita yang dicintainya. Mungkin, itulah yang terbaik....

Dia hanya bisa, pandang dari jauh, di saat wanita yang dia sayangi, tersenyum indah, di depan lelaki yang lain. Dia hanya tersenyum duka, di kala, wanita itu tidak memandangnya, dia hanya bisa melihat, wanita yang dia cintai, abaikan dirinya, dan tidak sedari kewujudannya.  Indahnya rasa itu.... kerna dia dah terbiasa rasa seperti itu, he got used to it. Sebab itu, dia suka kurung dirinya, agar dia tidak akan lagi, merasai cinta, kerna cinta, shit.

Memang itu yang dia mahui, kerna, ia menambah lagi, inspirasi sasteranya, selain psikologinya sendiri, dan personalitinya. Indahnya pain 'ini', kerna hati, rasa seronok melayan pain.

Loser sial, dikala manusia lain, berlumba-lumba menjadi hebat, dia pula berlumba-lumba, dengan dirinya sendiri menjadi sampah, menjadi loser, menjadi bayang-bayang.





Ulasan

Catatan Popular