-dia, bicara akan cinta-
Cinta.... cinta... hmmm...
Dia, cinta, akan cinta, tapi, cinta, yang dia rasa, sekadar cinta ilusi, yang tiada kewujudannya, di dunia empirikal. Cinta, yang dia cari, dan rasai, sekadar ilusi belaka, kerna, cinta itu sekadar permainan hatinya, untuk menemaninya di kala kesunyian malam. Dia rasa cinta, seperti cinta di realiti, tapi, dia mahu, realiti sama dengan ilusinya, tapi sayang sekali, di kala dia nak cinta realitinya, sama dengan cinta ilusinya, dia telah masukkan cinta di realitinya, ke dalam fantasinya, bukan sebaliknya.
Akhirnya, cinta itu, hanya wujud di dalam mindanya, dan realitinya pula, dia abaikan, kerna cintanya di realiti, tidak sama dengan cintanya di ilusi. Dia, yang dia cintai, langsung tidak sedari kewujudannya, kalau sedar pun, sekadar sedar kerna keperluan. Dia hanya permainan interaksi oleh wanita itu, sebagai kerja yang perlu dilakukan, setiap hari. Dia tahu itu, tapi, juga kerna dia nak interaksi, dia layan juga wanita itu, secara palsu, secara lakonan, kerna, dia pakar berlakon, di realitinya, mahupun fantasinya.
Dia bicara cinta, sekadar permainan perkataan, untuk diceritakan kepada dirinya sendiri, untuk kepuasan hatinya sendiri, tanpa dia perlu, luahkannya di realiti, kerna dia tahu, apa pengakhirannya. Kenapa nak berharap cinta, andai dia tahu apa pengakhirannya? Lebik baik, berharap pain sahaja, agar bisa, sebagai sumber inspirasinya, melakonkan ceritanya, di alam sastera rosaknya. Kan indah, cinta seperti itu.
Dia cari cinta, bukan kerna nak kegembiraan, tapi dia cari cinta, kerna dia nak cari pain, hasil cinta. Itu hidupnya ajar, apa itu cinta.
Dia cari cinta, bukan kerna nak cintanya dibalas, tapi kerna, dia nak sasteranya ada pelakonnya. Dia tahu, apa pengakhirannya, sebab itu, dia tak nak rasai cinta, dia hanya nak, rasa pain, kerna pain jua akhirnya. Dan, lebih indah, andai kata dia gembira kerna cinta, dan akhirnya, dia rasai pain kerna cinta, rasa gembira bertukar pain. Rasa itu sungguh indah, dan dia rindui rasa itu. Rasa pain kerna kegembiraan hasil kisah pain cinta, kegembiraan ilusi yang ditukarkan kepada pain, akhirnya akalnya gembira merasai pain, walaupun hatinya sengsara, tapi, hati tengah belajar dengan akal, untuk gembira, merasai keindahan pain kisah cintanya. Indahnya cinta, kerna pain ini telah disalahtafsirkan oleh akal, agar ia bisa merasai kegembiraan cinta. Dan hati juga, mula adaptasikan rasa itu, menukarkannya menjadi sastera sampah.
Indahnya menulis kisah cinta, andai kata pain akhirnya.
Indahnya membaca kisah cinta, andai kata pain akhirnya.
Indahnya menonton kisah cinta, andai kata pain akhirnya.
Kerna, kisahnya mengajarnya, untuk bergembira merasai pain, setelah cintanya tidak disedari, dan cintanya tidak bisa dia realiti-kan, kerna cintanya hanya bisa diaktualkan di dunia fantasinya sahaja. Dia bosan merasai cinta, kerna dia tahu, pain jua akhirnya.
Dia tahu, andai kata, cintanya dibalas, juga pain jua akhirnya, kerna, dia tahu, akalnya tidak mahu merasai cinta, dan hatinya juga mula, tidak mahu merasai cinta realiti, sekadar mencari cinta fantasi. Dia tidak mahu cintanya dibalas, kerna dia takut, wanita itu bakal merasai pain, cukuplah dirinya sahaja yang merasai pain, hasil kerna kerosakan minda dan hatinya. Dia terima, andai kata wanita itu menolak cintanya, kerna dia tahu, andai kata wanita itu menerima cintanya, maka wanita itu bakal rasai pain, seperti dirinya, yang rasai pain, hasil tafsiran salah akan erti cinta, oleh akal dan mindanya.
Cukuplah, dirinya cintai wanita itu dari jarak jauh, cukuplah cintanya itu sekadar berada di ilusinya, cukup bagi dirinya, andai wanita itu cinta juga akan dirinya, walaupun hanya di ilusinya sahaja.
Cukup untuknya, cintai wanita itu, dari belakang, dan belajar gembira, merasai pain, hasil kerna, cinta yang dia sendiri definisikan. Dia tahu, tiada yang faham akan kisah ini, kerna hanya dia sahaja tahu, apa yang akal dan hatinya nak.
Hatinya itu, tak nak kahwin. Akalnya itu, mahu melawan psikologi rosakknya. Bayangkan, akal dan hati seperti itu, apa akan terjadi kepada badan dan jiwanya.
Dia tidak mahu kahwin, kerna dia mahu bersendirian, melawan psikologi rosak akalnya. Akalnya tidak mahu merasai cinta, kerna akalnya anggap, cinta itu sekadar alasan untuk lari, dari medan peperangan melawan psikologi rosaknya. Dia tidak mahu, wanita itu menerima cintanya, mahupun sedari cintanya, kerna, bagi akalnya, cinta itu sekadar permainan ilusi, untuk melupakan masalah psikologinya, sementara waktu. Dan, lebih baik, dia rasai pain, kerna cintanya tidak disedari, lebih baik, dia rasai pain, kerna cintanya ditolak, daripada dia rasai pain, hasil kerna dia lupa, akan masalah psikologinya, yang telah lama rosakkan jiwanya, juga hatinya.
Cinta itu, sekadar alasan, untuk dia lari daripada realiti psikologinya sendiri. Kan bagus, andai kata dia tidak bisa lagi merasai cinta. Kan bagus, andai kata dia tidak bisa lagi jatuh cinta. Kan bagus, andai kata, dia tidak merasai indahnya cinta, agar dia bisa melawan psikologinya, tanpa alasan ilusi. Tapi, hatinya tetap juga jatuh cinta, walaupun dia sentiasa merasai pain cinta. Cukuplah, dirinya merasai pain psikologinya sahaja, tanpa penambahan pain cinta. Cukuplah, berharap, agar cinta bisa membantu dirinya melawan psikologinya, kerna semua itu hanya palsu, sebagai ilusi sementara, melupakan kerosakan psikologinya dan kerosakan jiwanya.
Tapi, pain kerna cinta, dan pain kerna psikologi, bisa dijadikan sumber inspirasinya, untuk sastera rosaknya.....
Dia cinta wanita itu,
tapi sekadar jarak jauh.
Dia cinta akan wanita itu,
tapi tanpa harapan kembali.
Dia sayang akan wanita itu,
tapi semua itu,
dia jadikan ilusinya,
agar bisa, wanita itu,
tidak sedari kewujudannya,
kerna dia tahu,
wanita itu sedari atau tidak kewujudannya,
pengakhirannya tetap sama,
pain juga penutup kisahnya.
Dia cinta akan wanita itu,
dan dia berharap,
agar rasa cinta itu,
bisa hilang,
walaupun dia ada peluang,
untuk merasai keindahan cinta,
di realiti, bukan sekadar di ilusinya.
Tapi, dia tak nak merasai keindahan cinta,
kerna psikologinya rosak,
dan dia tidak mahu hatinya,
merasai apa itu keindahan cinta,
walaupun, dia tahu, hatinya menipu,
tapi akalnya tak menipu.
Selagi monster psikologi itu,
masih berkuasa,
maka hatinya,
perlu menjauhi akan indahnya cinta,
dan, selagi monster itu tertawa,
maka hatinya perlu merasai pain akan cinta,
agar monster itu,
bisa menjadi wanita,
kepada akalnya,
dan akhirnya,
akal itu akan lupa akan kewujudan monster itu,
kerna,
akalnya mula adaptasikan monster itu,
sebagai penemannya,
selama-lamanya.
Tapi, perlu diingat,
cinta akhirnya indah,
atau akhirnya pain,
akalnya tetap akan mencintai monster itu,
kerna,
bukankah cinta itu sekadar ilusinya?
Dia tidak mahu merasai cinta,
walaupun sekarang dia merasai cinta,
tapi, dia tahu, cintanya tidak disedari,
kalau disedari pun, akan ditolak,
kerna, dia juga bakal menolaknya,
andai kata dirinya kata,
dia cinta akan dirinya sendiri.
Indahnya pain ini,
tapi lebih indah merasai pain,
hasil kerna mental illnessnya.
Biarlah pain cinta ini,
lupakan sementara akan pain illnessnya,
agar dia bisa,
merasai hebatnya lagi pain mental illnessnya,
setelah dia penat merasai pain keindahan hasil cintanya.
Dia tidak sedar diri, kerna cinta akan wanita, yang tidak sama taraf dengannya, malah umurnya beza, malah status sosialnya berbeza. Dirinya bodoh, kerna sampah mencintai emas.
Tapi, indah kerna, pain sebagai sumbernya, hasilkan sastera ini. Dia bisa lupakan sementara, akan pain mental illnessnya, dan dia bisa jadikan pain cinta, sebagai sumber inspirasinya, sebelum pain mental illnessnya pula, menjadi sumber sastera rosaknya. Indahnya, rasai pain cinta...
Ulasan
Catat Ulasan