-lagi-
Sekali lagi, aku masuk perangkap, aaaaaa, aku ingatkan, aku bisa lawan, tapi, akhirnya, aku tetap masuk juga perangkap itu. Sakit, sangat sakit, kerna, mustahil, aku dapat apa yang aku nak, dan, mustahil juga, aku yang di dalam ini, mahu, apa yang aku nak diluar.
Aku masuk lagi, perangkap yang sama, tapi, kisah yang lain. Dan, seperti biasa, aku tahu, apa kesudahannya, aku tahu apa pengakhirannya.
Bodohlah hati ini, dia tahu apa pengakhirannya, tapi, dia tetap masuk juga, ke dalam perangkap itu. Aaaaa, aku lelah dengan semua ini, aku penat dengan diri aku, hati aku, jiwa aku, akal aku.
Sekali lagi, aku masuk perangkap, yang penuh dengan kehitaman, dan kesunyian, serta harapan palsu. Bodohlah, bodoh, kenapa hati aku, tidak belajar daripada kisah lalu, kenapa hati aku, tidak ikut apa yang akal aku mahu?
Aku masuk lagi, ke dalam sangkar itu, sangkar yang aku sentiasa maki, sangkar yang aku sentiasa hina, dan nak abaikan, tapi, akhirnya, aku sendiri masuk ke dalam sangkar perangkap itu.
Aku nak lupa aku, aku nak lupa hati aku, aku nak lupa akal aku, aku nak lupa jiwa aku, aku nak lupa akan aku.
Aku nak lari, dari semua ini, lari jauh-jauh, bersembunyi di dalam ruangku, selama-lamanya, tanpa perlu merasakan, rasa perangkap sangkar itu.
Aku tak nak rasa, apa yang aku rasa sekarang, kerna menyakitkan, menyeksakan, dan hasilnya adalah permainan ilusiku, yang memenatkan akal dan hati ku. Aku nak hilangkan diri, dari semua ini, kerna, aku tak bisa lagi, melawannya, tidak bisa lagi, melayannya.
Kisah rahsia, mustahil perasaan, jauh realiti, rasa halangan, hancur harapan, ilusinya saja, permainan mata, ilusi rasa, akhirnya mati rasa.
I ---- ---.......
Dan, aku hancur, kerna masuk perangkap itu....
Ulasan
Catat Ulasan