-persatuan -
Tahu tak, kenapa dia masuk persatuan kelab itu, kerna, dia nak lawan dirinya, dia nak lupakan dirinya, dia nak lupakan psikologinya. Tapi, akhirnya, tidak boleh, kerna, sejak bila diri sendiri, boleh dilupakan olehnya sendiri? Malah, dia sedari, bahawa, dia tidak sesuai, di dalam kelab itu, kerna, dia hilang enthusiasm untuk berjuang, dan dia tidak mempunyai impian, dia hanya berada di kelab itu, agar, dia boleh lupakan dirinya. Dia hanya merosakkan kelab itu, dia hanya nak bergembira di kelab itu, tanpa menjadi ahli persatuan yang sebenar. Dia, tidak ada niat, menjadi ahli yang hebat, kerna dia takut, harapan membuatkan psikologinya bertambah teruk, dan dia, akhirnya tinggalkan kelab itu. Dia tahu, dia salah, kerna fikir seperti itu. Sebab itu, dia kurangkan kewujudannya di empirikal. Dia tak nak, jatuhkan semangat rakannya, yang ada di kelab itu.
Tahu tak, selama ini, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah jatuh cinta, kepada mana-mana persatuan kelab. Itulah pertama kali, dia jatuh cinta, dengan persatuan kelab, tapi, dia tahu, dia wujud tanpa fungsi. Dia tahu, kerna sepanjang hidupnya, dia adalah manusia tidak berguna, di dalam masyarakat. Dia tahu itu. Dia tahu, dia tidak berguna, tapi, dia tetap masuk kelab itu, kerna dia nak rasa jatuh cinta akan kelab. Dia nak buat memori dalam kelab itu, dia nak buat kisahnya dalam kelab itu, dia nak berkawan dalam erti persatuan kelab, bukan sekadar dalam kelas. Dia itu, sayang akan semua ahli kelab itu, malah dia sayang kelab itu, lebih, berbanding sayangnya dalam kisah kelasnya. Dia suka, semua ahli kelab itu, tapi, kerna, ahli kelab itu, setiap hari bertambah hebat, ada impian menjadi ahli yang hebat, berbanding dirinya, dia abaikan kelab itu, kerna dia tahu, dia tidak sesuai dalam kelab itu, kerna karekter nya hancur, personalitinya tidak hebat, malah, dia ada masalah psikologi.
Tapi, tahu tak, dia, sentiasa rasa seronok, apabila ikut program persatuan itu, kerna, dia bergembira berkawan, terutamanya ahli kelab itu. Dia rasa seronok sangat, sangat seronok, lebih seronok, berbanding kisahnya dalam kelas. Tapi, kerna psikologinya rosak, kerna anxiety-nya, dia tinggalkan kelab itu, kerna, social anxiety nya itu mula bertambah, borderline personality disorder-nya mula bertambah, masalah bersosialnya bertambah, dah ahli kelab itu bertambah maka makin susah dirinya nak "masuk" dalam sosial, akhirnya dia tarik balik, kewujudannya di empirikal, di kelab itu.
Dia, hanya ingat kisahnya dalam persatuan itu, di ruang kecilnya. Dia sentiasa tersenyum, ketika ingat kisah dirinya bersama rakan-rakan persatuan itu, terutamanya, kisah masa tahun pertamanya di universiti itu.
Dia rindu kisah dahulu, masa awal-awal, dia tunjukkan kewujudannya di dalam persatuan itu. Dia itu, lebih sayang persatuan itu, berbanding kisahnya di dalam kelas. Tapi, dia tahu, dia rosak, dia useless, dia tidak semangat menjadi ahli hebat, dia tidak ada softskill, malah dia ada social anxiety, dan dia hanya berada di dalam kelab itu, sekadar bergembira, tanpa menjadi ahli hebat. Dia minta maaf, kerna dia seperti itu, tapi, perlu ingat, dia cinta akan kelab itu, tapi kerna, dia useless, dia abaikan kelab itu, kerna dia malu, dia tiada guna di dalam persatuan itu. Dia juga tak tahu, bagaimana nak "masuk" dalam 'sosial', di kala ahli kelab itu bertambah, dia tidak pernah salahkan sesiapa, kerna, dia tahu, dirinya yang salah, kerna mempergunakan kelab itu, untuk lari, daripada dirinya sendiri, daripada masalah psikologinya sendiri.
Dah terlambat, untuk dia kembali, kerna, dia dah nak habis masanya, di 'alam' ini. Dan dia, ada masalah society anxiety, sebab itu, dia payah nak rapat dengan manusia....dia payah, nak bersosial dengan ahli baru, juga, ahli yang lama.
Dia minta maaf, kerna useless, dia minta maaf, kerna abaikan persatuan itu, dia minta maaf, kerna tiada semangat menjadi ahli hebat, dia minta maaf, kerna tidak suka akan aktiviti formal persatuan itu, dia minta maaf, kerna dia masuk dalam kelab itu, hanya semata-mata dia hendak bergembira. Tapi terima kasih... dan minta maaf... dan.... dia suka kelab itu... mungkin, kelab itu adalah persatuan kelab terakhir, yang dia suka.
Dia suka kelab itu, kerna, seronok, buat aktiviti bersama, ketawa bersama, senyum bersama.. tapi dia minta maaf, kerna dia tidak bisa memberi apa-apa kepada kelab itu. Dan, dia doakan, tiada junior seperti dirinya.
Ulasan
Catat Ulasan