-bayang [versi pendek]

Fiction
08/12/2016-13/13/2016

materinya hilang dalam ketiadaan, psikologinya hancur dalam ilusi, dan dia kurangkan kewujudannya di empirikal. 

Genre: dark romanticism

Dia itu, asyik berkata-kata, dengan dirinya sendiri. Memerhati dunia ....

Era ini era menakutkan, kerna manusia mula tidak boleh terima akan kepelbagaian. Era ini menakutkan, kerna manusia mula diktator dalam berideologi, diktator dalam beragama, diktator dalam berpandangan, diktator dalam ilmu, diktator dalam maklumat, diktator dalam tindakan, sehinggakan mengangap, bahawa apa yang dia lakukan, adalah yang terbaik sekali, berbanding usaha manusia lain, sampaikan aib manusia, yang berlainan ideologi dan tindakan darinya, diperhatikan aibnya, agar bisa dijadikan, sebagai tempat untuk ditikam, senjata kata-kata, dan tulisan. Ego manusia, akan anggap bahawa apa yang dia lakukan, adalah yang terbaik sekali, sampaikan disuruhnya, disekelilingnya agar buat apa yang dia laksanakan, kerna bagi dirinya, itu satu-satu sahaja cara untuk menyelamatkan dunia, ego manusia memang menyeramkan.

Era ini, benar-benar menakutkan, sebab itu, lebih baik bersendirian, dan berfikir mengenai alam, sambil ditemani kata-kata sastera, ataupun ditemani kata-kata sains-falsafah, ataupun ditemani lirik lagu, beserta buku, walaupun bakal dikritik cara hidup.

Bersendirian ditemani alam lebih seronok, daripada menghabiskan masa bermasyarakat, walaupun ada kata cara itu salah, tapi alam lagi indah difikirkan, berbanding 'mendengar' manusia berlumba-lumba, dalam sakit-menyakitkan, dalam kata-kata, dah juga dalam tindakan.

Sebab itu, lebih seronok menghabiskan masa bersama alam, berbanding mendengar keegoan manusia dalam semua hal. Kerna, alam bisa terima kepelbagaian, tapi manusia tidak bisa menerima kepelbagaian.

Dia bermonolog sambil memandang dunia

"Aku melihat langit, keindahan birunya menyentuh hatiku, ditemani dengan putihnya awan yang digerakkan angin, dan sang mentari di ufuk sana yang hampir hilang cahayanya. Aku memandang alam, dan terfikir, bagaimanakah rasanya, andai kata aku jatuh cinta kepada Pencipta alam ini, apa rasanya? Kenapa aku mencari cinta manusia, sedangkan cinta manusia tidak kekal, cinta manusia sekadar ilusi drama, yang aku ingin  realitikan. Apa rasanya pula, andai kata aku jatuh cinta kepada Pencipta? Tapi, layakkah manusia rosak seperti aku, mencari cinta Pencipta, sedangkan zahir dan batin ini lari daripada kebaikan?"

Bersendirian memang indah......

Tapi bersendirian pun berbahaya, kerna monster psikologi sentiasa berbisik akan hal-hal kegelapan. Psikologi yang sentiasa berkata-kata dalam akal, melahirkan personaliti yang hanya dia seorang sahaja kenal, dan hanya dirinya seorang sahaja yang bisa dengarinya berkata-kata. Dia bingung dalam kekeliruan. Sampaikan tafsirannya mengenai sastera berubah, menjadi kerosakan, yang ditemani oleh kata-kata kegelapan psikologi.

"Bunga yang kembang mekar dalam kegelapan, tidak perlu disinari dengan cahaya, kerna ia akan layu. -unknown."

Dan

"Jadilah seperti bintang. Jauh dan mati. (Be like a star, distant and dying. -unknown)

siapa yang bakal tarik picu pistol itu.....adakah dirinya sendiri atau orang lain?
..........

I saw beauty in her darkness.... rambutnya bebas ditiup angin, baju t-shirt hitam sesuai dengan warna kulitnya, seluar hitam ketat ditemani dengan kasut chuck taylor, sesuai dengan personalitinya. Hahaha, tak sangka, wanita seperti ini pula yang aku minat, walaupun persekitaranku penuh dengan wanita 'solehah'.

Bermulanya cerita, ditemani ideologi kerosakan, dan cinta yang difalsafahkan, dek kerna kerosakan sastera, yang bersumberkan kegelapan psikologi. Seorang konservatif bekas liberal, dan seorang pula sekular bekas konservatif.  Seorang anarki, seorang pula melawan monster borderline personality disorder. Seorang ditemani bipolar disorder, seorang pula berteman major depressive disorder. Ada persamaan, tapi tafsiran realiti berbeda, tafsiran tragedi kehidupan juga berbeda, dan akhir sekali, tafsiran definisi cinta juga berbeda.

Dikala aku memandang wanita itu, aku teringatkan seseorang, seseorang yang sama personalitinya, luaran dan juga mungkin dalaman, yang aku telah rosakkan jiwanya, bagaikan Joker corrupt-kan soul Harley Quinn, hanya dengan menggunakan kisah sebuah cerita.

.....

Itu dulu, dan aku nak tebus perbuatan aku itu. Aku memandang wanita di depan aku ini, personaliti hampir sama, bezanya sekadar, dia ini jenis anarki berbanding wanita yang aku corrupt kan itu.

....

Ulasan

Catatan Popular