-percintaan, sekadar sastera penulisanku 6-
Nasib baik, dia hanya jumpa wanita itu, purata sekadar 2 hingga 3 hari seminggu sahaja, dan wanita itu, tidak ada kewujudannya di alam maya. Nasib baik, kerna dia tidak perlu rasa kesakitan setiap hari, di kala memandang wajah wanita yang dia cintai itu. Dan, nasib baik, wanita itu tidak ada kewujudan di alam maya, kerna dia tidak perlu mencari dia di alam maya, dia tidak perlu memandang wanita yang dia cintai itu, di alam maya.
......
Aku - dia
Tapi, hari ini, kemungkinan last, dia ada di ruang besar itu, dia berada, di depanku, mungkin yang terakhir, aku memandang dia di hadapanku, sambil berkata-kata. Bye, dan terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan