-cinta di tanah sunset-

Ingatan ku ini sekadar aku punya
Cintaku ini sekadar aku punya
Kerna segalanya
Ku seorang yang ingat
Ku seorang yang rasa
Sahaja.

Kisah cintaku ini
Sekadar aku punya, sahaja
Romantika imaginariku ini
Sekadar aku punya, sahaja
Dari ramai-ramai manusia
Hanya aku sahaja
Yang terpesona dengan imaginariku
Kerna aku seorang sahaja yang mencintaimu
Tanpa kau sedari
Tanpa sesiapa sedari
Tanpa aku menyedarkan
Mengisahkan.

Untuk kau tahu
Takat ini, semua tulisan cintaku
Adalah untukmu seorang, sahaja
Tulisan cinta sehala ku ini
Adalah untukmu
Walaupun realitinya
Kau tidak tahu itu
Kerna aku yang mahu itu.

Ku tuliskan cinta untukmu
Agar ku bisa ingat di suatu hari nanti
Kerna ku takut
Di saat nanti, cintaku padamu ini hilang
Di waktu bila nanti senyuman mu itu
Hanya kepada lelaki lain
Bukan untukku
Selamanya.

Biarlah, tulisan cinta ku ini
Sekadar khayalan dalam kesusasteraan
Mereka bilang, kau bilang
Asalkan aku tahu
Semua tulisan cintaku adalah real
Untuk kau seorang sahaja.

Cintaku ini real
Yang aku sengaja fantasikan di sasteraku
Agar suatu hari nanti
Dikala hilangnya cinta sudah dihatiku
Aku bisa katakan
Bahawa tulisan ku itu
Memang sekadar fantasia dalam kesusasteraan
Bukannya real.

Biarlah aku seorang sahaja yang tahu kisahnya
Dan betapa cintanya ku kepadamu
Hinggakan aku tak berani katakan cinta
Kerna aku sendiri tidak mahu
Kau sedari kewujudanku
Kerna aku sedar
Aku ini sampah.

Bukankah emas tak layak dengan sampah
Dan ku ini sampah yang tidak bisa dikitar semula
Dan ku tahu
Sangat tahu
Bahawa hingga akhir hayatku
Kau tak kan bisa ku miliki
Cinta mu tak kan bisa ku sentuh
Ku tahu itu.

Kerna itu, biarlah saja tulisan cintaku ini
Sekadar kenangan untukku seorang sahaja
Kerna ku tahu sesungguhnya
Kau tak kan sedari
Dengan erti real dan estetika
Akan kewujudan ku.

Bye, ku harap kau jumpa lelaki lain
Yang bukan sampah sepertiku.

Dan
Akhir sekali

I LOVE YOU.

Ulasan

Catatan Popular