-tutup FB-

Sekarang ini
Aku deactivate akaun facebook ku
Kerna ku tak nak tahu
Apa yang berlaku di dunia
Apa teknologi terkini
Apa ilmu fizik terkini
Apa ilmu sains terkini
Politik terkini
Ekonomi terkini
Sosial terkini
Dan semuanya.

Aku tak nak
Ambil tahu lagi
Yang terkini
Dan juga semuanya
Yang tidak terkini
Yang ilmu
Dan maklumat terdahulu
Yang tidak terkini
Yang aku tidak tahu
Atau yang aku tahu
Tapi mungkin aku dah lupa.

Aku tak nak lagi
Ambil tahu
Akan sesuatu
Atau semuanya
Yang sedang
Atau sudah berlaku
Di dunia ini
Atau di planet lain.

Kerna bukan semua
Yang berlaku
Di dunia ini
Perlu aku tahu
Kerna
Apa yang mampu
Aku lakukan
Andai kata aku tahu?
Apa yang mampu
Aku laksanakan
Andai kata aku tahu
Apa dunia ini?

Apa yang aku dapat
Andai kata aku tahu
Sesuatu perkara?
Apa aku dapat
Andai kata
Aku tahu semuanya?
Aku hancur juga akhirnya
Dek kerna psikologi rosakku.

Lebih baik saja
Aku jadi bayang-bayang
Berwarna hitam
Yang lumrahnya
Tiada fungsi
Dalam kehidupan manusia
Di era moden ini.
Aku jadi saja
Bayang-bayang
Yang tidak akan disedari
Secara real dan estetika
Kewujudannya.

Ah! Lantaklah...
Aku ini dihina dicaci
Kerna
Aku sendiri
Hina dan caci diriku ini.

Ulasan

Catatan Popular