-hilangnya cinta, bermula-

Hatinya, telah bermula, untuk lupa akan cintanya, untuk lupa akan wanita itu. Hatinya, telah mula hilang, rasa cinta, kepada wanita itu. Mungkin kerna, hatinya sedar, dia tidak ada peluang, dan dia tidak akan bertemu lagi, dengan wanita itu, di ruang itu, selama-lamanya. Mungkin, dia bisa terserempak di luar, tapi apa gunanya jumpa dia di keluar, kerna hasilnya tetap sama, sampah tetap sampah, sama ada di ruang besar itu, atau di luar ruang besar itu.

Cintanya mula hilang, dan dah tiba masanya, psikologinya pula melemaskan jiwanya. Cinta telah melemaskannya lama, dah tiba masanya psikologi pula melemaskan dirinya.  Cinta membunuhnya sikit demi sikit, tapi kekejaman psikologi lebih menyeramkan, daripada kekejaman cinta, walaupun psikologi rosaknya juga, membunuhnya sikit demi sikit.

....

Ah! F**k off ... aku tiada masa melayan cinta, perasaan bodoh itu sekadar sampah, yang aku perlu sasterakan, agar tulisan bodohku ini, tidak hanya perihal psikologi dajjal sahaja. F**k untuk perasaan itu. Sampah macam aku, tidak perlu membuang masa, terlalu lama, dalam dunia jiwang bodoh itu. Jiwa rosak macam aku, tiada masa nak melayan romantika bodoh cinta. Aku bukan macam Joker, suka akan Harley Queen, loser sial, cinta telah mempengaruhi hidupnya. F**k lah, perasaan itu.

Love is shit, untuk manusia rosak seperti aku.






Ulasan

Catatan Popular