-ingatan-

Ingatan ku lemah,
kerna ia selalu ditelan,
oleh si illness psikologiku......
Konsentrasi ku dalam pelajaran,
hanyut dibuai khayalan,
kerna mindaku terbang jauh,
mendahului tulisan guruku.
Kelasku itu,
sekadar tempat ku berkhayal,
menjauhi impianku,
kerna hatiku mula lawan,
akan impianku.
Aku pernah cuba lawan,
akan hatiku itu,
agar bisa-nya ku capai sebuah impian,
tapi kalah,
dek kerna dibantu oleh,
si mental illness ku.
Takat ini,
aku terima sahaja,
walaupun dihina,
kerna,
aku tak mampu,
angkat semangatku,
lawan akan semuanya, lagi.
Aku terima sahaja........
Aku ini,
bukannya seorang pejuang,
aku sekadar peminat sastera.
Aku ini,
bukannya pendekar,
aku sekadar aku,
bayang yang mencari objek.
Aku ini,
sekadar manusia biasa,
yang kalah dengan ku sendiri.
Tiba masanya,
aku pergi,
jauh meninggalkan aku,
untuk mencari definisi cinta,
yang berbeza,
yang lain,
dari definisi cintaku,
sekarang.

Aku terbang berseorangan,
bukan kerna aku seekor helang,
hanyalah kerna,
aku nak lupa akan aku,
yang ini.






























































Ulasan

Catatan Popular