-kenal aku-

Mungkin kau kenal aku selepas 10 tahun
Mungkin kau kenal aku setelah aku tiada
Mungkin kau kenal aku setelah aku jadi rosak
Mungkin kau kenal aku setelah jiwaku rosak
Mungkin tulisanku ini adalah nama-namaku
Yang aku asyik sembunyikan
Di waktu ini.
Tapi, mungkin selepas ini
Semuanya ketahuan dikala aku hilang selamanya.
Namaku ini ku sembunyikan
Dari dan daripada semuanya
Agar aku bisa selamat
Dari semuanya.
Celaka saja namaku ini!
Ku tak kisah kau kenal aku atau tidak!
Ku tak kisah kau sedari aku atau tidak!
Celaka semuanya!
Namaku ini bukan untuk dikenali
Namaku ini bukan untuk diceritakan
Bukan untuk dikisahkan
Bukan untuk disebarkan!
Namaku ini sekadar tulisan
Yang aku sembunyikan dari dan daripada
Semuanya...
Ah! Lantak saja tafsiranmu
Kerna aku dah lama hilang
Dikala nama-nama ku disedari
Dikala nama-nama ku ini dibacakan
Oleh mulutmu
Oleh akalmu
Oleh sanubarimu.

Ah! Celaka semuanya.
Aku tak kisah manusia sedari aku atau tidak
Lantak saja semuanya.
Bodoh mana sampah perlu dikenali!
Bodoh mana sampah perlu disedari!
Tiada istilahnya bagiku
Ayat itu:

"Kau kata kau tidak mahu dikenali, tapi sebenarnya kau mahu dikenali, kan?"

Ah! Sampah saja ayat itu.
Kalau aku mahu dikenali
Dah lama aku memperkenalkan diriku
Di laman virtualku
Di laman empirikalku.
Sampah saja tafsiranmu
Sampah saja kefahamanmu
Kerna tafsiranmu itu
Hanyalah atas nilai kehidupanmu saja
Nilai datang dari hatimu
Untuk tafsir nama-namaku ini
Tafsir semua tulisanku ini....

Sampah
Sampah semuanya

...
Mahu saja aku hilang
Lari masuk ke dalam nama-namaku ini
Agar aku bisa ubahnya
Menjadi bukan nama-namaku....
Agar aku bisa menari
Kegembiraan......

Sempatkah aku ubah nama-namaku ini
Menjadi bukan nama-namaku
Tapi nama-nama kebaikan?
Kerna pada awalnya
Aku tiada nama-nama
Sekadar ego yang menamakan aku
Sekadar ego yang menjadikan tulisanku..

Bisakah ku buang ego itu
Agar nama-nama itu hilang
Dan wujud nama-nama sebenar
Tanpa sesekali wujudnya kewujudanku...
Tanpa sesekali wujudnya nama-nama
Hasil keegoan aku itu?







Ulasan

Catatan Popular