-rokok 2-

Hari ni, aku beli Dunhill. Aku tidak tahu, kenapa aku hisap rokok. Mungkin sebagai peneman depresi aku. Sebagai peneman akal psikologi aku. Dulu, aku hisap, sebab aku nak lari, daripada hati aku, aku nak lupa hati aku, yang suka akan seorang wanita, yang langsung tidak memandang aku. Tapi, itu dulu. Loser sial, hisap rokok sebab nak hilangkan stress kerna cinta romantika bodoh. Sampah saja. Sekarang ini lain. Aku hisap, sebab aku nak feel psikologi aku. Aku nak feel sastera rosak aku. Ah! Alasan bodoh. Tapi, serius, dulu aku hisap, aku rasa masalahku hilang sementara. Ya, masalah itu datang balik, tapi rokok memberi nilai estetika yang menyentuh jiwa. Ah! Celaka. Aku telah rosakkan ayat. Aku telah rosakkan sastera. Tapi, lantaklah. Aku memang rosak pun. Nak expect apa daripada sampah macam aku. Sekarang ni, aku hisap bukan kerna nak lari. Tapi, kerna sebagai peneman, jiwa kosong aku. Sebagai peneman mental illness aku. Kenapa nak lari, daripada mental illness, andai kata aku boleh embrace it. Ah! Aku rosak. Aku rosak. Jiwa aku rosak. Mungkin kerna, aku dah hilang semangat untuk lawan. Aku tak tahu lagi, nak buat apa. Aku tak tahu, macam mana nak selamatkan aku. My demon, mula kuasai akal, dan hati aku. Jiwaku seperti nak nangis, tapi ia telah penat nangis. Jiwaku nak teriak, agar ia bebas daripada kongkongan buku-buku kebaikanku. Jiwaku nak merdeka, daripada aku, yang melawannya. Akalku dah kalah, kerna psikologi ku. Hatiku juga, mula terima psikologi itu, mula belajar untuk embrace it. Adakah aku bisa selamatkan aku? Ah! Soalan sama, yang langsung tiada jawapan. Yang akhirnya, aku tetap aku. Akalku tetap sama. Psikologi tetap sama. Maafkan aku, sebab aku rosak. Eh, jap. Jiwa rosak, mana ada minta maaf, andai kata ia rosak. Celaka saja, minta maaf ku itu. Aku malas nak susun ayat, untuk mengatakan alasan, aku seperti ini. Ah! Sampah saja ayat itu. Aku tiada alasan. Biar saja, hatiku kalah dengan psikologi ku. Celaka! Alasan lagi, ku beri, ke atas perbuatan ku. Aku nak diam saja. Diam, tanpa kata. Diam tanpa terang. Lantak saja, masyarakat nak kata apa. Aku dah kalah, dengan aku sendiri. Aku kalah.......


Buku ku, tak bisa selamatkan aku. Aku guna buku, untuk lupa aku, tapi akhirnya, aku tetap kalah, kerna buku tetap buku, kerna buku tak bisa beri apa-apa. Sekadar buang masa membaca buku, walaupun ada kalanya, aku bisa kawal psikologiku, guna buku-buku ku. Begitu juga dengan masyarakat sekelilingku. Mereka sekadar, kegembiraan sementara, seperti buku-buku ku. Dunia ini, sekadar kegembiraan sementara sahaja. Aku tak nak kegembiraan yang hilang. Aku nak cari yang kekal. Tapi, psikologiku pula mula menarik picu pistol ilusi ku, untuk 'membunuh' aku, sebelum aku jumpa, apa yang aku cari.....

Ah! Alasan saja, semua itu. Aku malas nak susun ayat beri alasan. Lebih baik diam, berteman rokok, dan sastera rosak. Itu lagi bagus, daripada kata-kata kepada manusia.

















Ulasan

Catatan Popular