-dark romanticism -
Awak,
sudikah awak jadi teman wanita saya,
agar saya bisa tulis sebuah kisah cinta romantika.
Kerna bagaimana saya nak tulis romantika, andainya saya tak pernah rasa perasaan
dicintai kembali.
Cintalah saya sementara waktu saja,
atau cinta saya secara palsu sahaja,
dan di suatu waktu nanti,
beritahulah saya,
bahawa awak langsung tak pernah cinta akan saya,
beritahulah saya,
bahawa cinta awak itu sekadar mainan perasaan,
sekadar rebound dalam perhubungan.
Saya perlukan itu,
agar saya tahu apa itu kesedihan kerna cinta, kesedihan kerna ditipu cinta.
Saya perlukan itu,
untuk sastera saya.
Saya ini asyik rasa cinta sehala saja,
kerna itu tulisan cinta saya hanya sehala.
Oleh itu , sudikah awak jadi teman wanita saya,
agar saya bisa tulis cinta dua hala.
Dan di kala tulisan saya itu nak sampai penamatnya,
beritahu lah saya,
bahawa awak tak pernah cinta akan saya,
dan di kala itu,
mungkin saya bisa tamatkan tulisan saya,
dengan erti dark romanticism,
ditambah dengan tafsiran psikologi saya.
Sudikah awak jadi teman wanita saya,
agar saya bisa hasilkan sastera,
berkenaan cinta dua hala,
dan penamatnya,
sebagai cinta ilusi imaginari saya?
Sudikah awak,
cinta akan saya?
Saya tak kisah,
andai kata cinta itu real atau ilusi,
kerna saya dah biasa sengsara kerna percintaan sehala,
maka saya mungkin bisa biasakan diri sengsara dalam percintaan dua hala.
Sudikah awak sentuh hati saya dengan cinta romantika,
dan saya harap sangat,
di suatu waktu nanti,
awak tinggalkan saya,
awak pergi meninggalkan saya,
awak PERLU tinggalkan saya,
agar saya bisa tamatkan tulisan saya,
dalam erti kesedihan,
kerna saya perlukan kesedihan dalam penulisan,
kerna nilai estetika kesedihan cinta telah sebati dengan sanubari saya,
kerna kesedihan cinta romantika adalah sumber inspirasi tulisan saya,
selain mental illness saya.
Saya perlukan kesedihan cinta dua hala,
untuk hasilkan tulisan Dark Romanticism
yang bercampur dengan unsur psikologi rosak.
Jangan risau,
saya tak kan pernah salahkan awak.
Malah saya yang bersalah
kerna saya rosak,
kerna psikologi saya rosak.
I LOVE YOU.
Ulasan
Catat Ulasan