-tulisan ku pilih sampah-
Aku nak tulis tulisan emas
Tapi ku sedari aku ini sampah
Maka kenapa perlu ku tulis emas?
Nak aku hipokrit?
Aku nak tulis tulisan emas
Tapi ku sedari aku ini jahil
Maka tulis saja sampah
Kenapa masih pilih emas
Kan aku ni jahil.
Aku nak tulis tulisan emas
Tapi ku sedari aku ada mental illness
Jadinya
Ku pilih saja tulisan sampah.
Pelik sungguh
Andainya ku tulis emas
Tapi pulanya ku ada mental illness
Bukan kah pelik seperti itu?
Aku nak tulis tulisan emas
Untuk ku lawan mental illness ku.
Tapi persekitaran ku pula
Suruh ku tulis tulisan sampah
Jadi, aku ikut saja
Apa persekitaran ku nak.
Bukankah nanti mereka bahagia
Kerna mereka benar?
Aku nak tulis tulisan emas
Untuk lawan kejahatan aku
Tapi personaliti melancholy aku pula
Cakap aku ini tak layak tulis emas
Ku ini sesuai tulis sampah, sahaja.
Aku nak tulis tulisan emas
Tapi karekter ku sedarkan aku
Aku ini sampah.
Aku nak tulis tulisan emas
Untuk perbaiki aku
Tapi, persekitaran ku kata
Aku ini sampah isolated
Maka sampah sajalah tulisan ku.
Kenapa nak pilih emas
Persekitaran ku kan kata aku ini sampah?
Aku nak tulis tulisan emas
Untuk lupakan mental illness ku.
Tapi personaliti introvert ku pula
Kata persekitaran ku
Adalah sama seperti sampah isolated
Maka sampah lah saja ku tulis tulisan.
Aku nak tulis tulisan emas
Tapi aku sedar aku bukannya emas
Maka kenapa nak hipokrit jadi emas?
Sampah saja jadinya.
Kan ada yang kata
Be yourself...
Maka ku jadi saja 'be yourself'.
Mereka kata be yourself
Setelah ku be yourself
Mereka judge pula.
Ah! Sial saja
Ku ikut kata mereka.
Ku lupa
Mereka itu homo sapiens
Bukannya homo sapi.
Mereka kata kau syaitan
So, kenapa berlagak malaikat?
Kah kah kah...
Jiwaku dah rosak.
Ku teringat tulisan seseorang (rumi mungkin)
'What you see in others, is reflection of yours."
Kan, aku dah kata
Aku ni rosak
Kerna aku rosak...
Ulasan
Catat Ulasan