-dia mula bertanya-
Dia mula bertanya
kenapa cinta romantika itu wujud
di dalam hatinya.
Kenapa
Kenapa ia wujud di hatiku,
katanya bertanya entah siapa.
Katanya lagi
Kenapa aku masih jatuh cinta
lagi dan lagi
yang hanya kesedihan saja akhirnya,
malah mulanya juga sebuah kesedihan.
Kenapa
Kenapa cinta itu perlu wujud
di dalam hatinya,
tanya dia kepada Pencipta.
Wahai Pencipta
Hati ini sakit,
sengsara, pedih.
Bolehkah Engkau,
hilangkan rasa cinta romantika,
di hati hamba Mu ini.
Dan, boleh kah Engkau,
tidak lagi letakkan cinta romantika
di hati ku ini.
Aku tak nak lagi,
rasa apa itu cinta romantika,
kerna aku tidak mahu lagi
lihat dunia ini,
dengan penuh tafsiran kesedihan.
Ulasan
Catat Ulasan