-dia mula soal- [2]
Dia mula mempersoalkan segalanya
Mana yang indah
Lemas di imaginari kerna psikologi
Atau lemas di realiti kerna cinta
Mana yang indah?
Mana yang indah
Kesedihan di imaginari
Atau kesedihan di realiti
Mana yang lebih indah
Mana?
Dia mula mempersoalkan segalanya
Kenapa dia jatuh cinta
sedangkan cinta itu tidak adil
kerna dia tidak pernah dicintai
oleh wanita yang dia cintai
Kenapa dia perlu rasa cinta
Kenapa?
Kenapa cinta itu selalu wujud dalam hatinya
sedangkan cinta itu hanya sekali real-nya
Kenapa?
Kenapa dia perlu
jatuh cinta, lagi dan lagi
Sedangkan akhirnya
Dia tidak dicintai juga
Kenapa dia perlu jatuh cinta
Kenapa?
Kenapa dia
jatuh cinta, lagi dan lagi
sedangkan cinta itu
hanya satu juga akhirnya
Kenapa?
Kenapa dia harus jatuh cinta, lagi dan lagi
sedangkan dia benci akan dirinya sendiri, lagi dan lagi
Kenapa dia harus cinta romantika
sedangkan dia tidak cinta akan dirinya
Kenapa?
Adakah dia harapkan
Cinta wanita itu bakal mengubah dirinya?
Hahaha
Palsu, ilusi sahaja
Kerna akhirnya
Kesedihan juga rasanya
Dan
Dia tetap membenci dirinya
Malah bertambah
Di kala dia jatuh cinta,
lagi dan lagi.
Ulasan
Catat Ulasan