-dia mula soal- [3]

Dia mula mempersoalkan segalanya

Mana yang indah
Kesedihan kerna cinta
Atau kegembiraan kerna cinta
Mana yang indah?

Kerna
Dia mula rasa
kesedihan kerna cinta itu
lebih indah rasanya
daripada kegembiraan kerna cinta.

Bagi dirinya
Hanya kesedihan kerna cinta sahaja real
Dan kegembiraan kerna cinta pula sekadar ilusinya.
Dia mula
jatuh cinta
akan kesedihan kerna cinta.
Dia rasa indah
merasai kepedihan cinta
Dia rasa indah
merasai kesakitan cinta
Dia rasa indah
Merasai kelemasan cinta
Yang membunuh dirinya, sikit demi sikit
Yang akhirnya dia mula benci akan dirinya
Tapi
Dia rasa indah
Kerna dia benci akan dirinya
sendiri....

Ulasan

Catatan Popular