-baca buku-

antara dugaan banyak baca buku adalah
kau akan jadi diktator dalam berideologi
diktator dalam bermaklumat
diktator dalam minat
diktator dalam perbuatan
diktator dalam kefahaman
diktator dalam berpandangan
diktator dalam cita-cita/impian
diktator dalam etc
sehinggakan kau nak semua manusia
ikut apa yang kau buat
dan kau nak merobotkan semua manusia
kerna kau nak menghilangkan kepelbagaian
dalam bermasyarakat
(tapi ada juga golongan yang tidak banyak baca buku
perangai seperti ini - konklusinya di era ini
pasti ramai yang nak merobotkan manusia
untuk menghilangkan kepelbagaian ; di mana kepelbagaian itu ada yang tidak melanggar batas-batas)

tapi pada satu tahap
kau tidak lagi diktator
dan kau belajar untuk terima kepelbagaian
dan kau akan kurangkan hujah
apatahlagi kau telah sedari
hujah ada kalanya hanya merosakkan lagi hati
hujah hanya memecahkan masyarakat
apalagi hal-hal kontroversi
yang diperdengarkan di depan masyarakat awam

sebab itu diam kau pilih
dan biarlah yang ahli berkata-kata...

kau pilih diam dan diam
tanpa ada lagi diktator dalam berideologi
walaupun kau dihina
dikritik cara hidup
kelemahan dan kekuranganmu diperbesarkan
.... kau hanya pilih tidur......
kerna kau malas nak melawan balik
kerna kau rasa semua itu hanya membuang masa sahaja...

Ulasan

Catatan Popular