-keindahan-

apabila kekalahan diromantiskan
engkau akan senyum
sebuah senyuman bukanlah kerna
engkau berputus asa, tapi engkau terima
pengakhirannya dengan hati terbuka.

apabila kebodohan diromantiskan
engkau akan senyum menari keindahan
bukanlah kerna engkau berputus asa
tapi engkau terima seadanya
akan kapasiti dirimu.

apabila kelemahan diromantiskan
engkau akan tersenyum ketawa
walaupun engkau merasai kekalahan
tapi engkau terima ia, tanpa pemberontakan
kerna bagi dirimu,
ia jalan cerita hidupmu,
masakanlah engkau hendak menipu diri.

apabila kekurangan mu engkau romantiskan
engkau akan terima seadanya tentang dirimu,
tapi engkau tetap berusaha juga melakukan usaha mu itu
tapi usaha kerna minat
bukanlah kerna engkau nak mengalahkan
seseorang
juga bukan kerna nak tunjukkan keegoan mu...

engkau tetap berusaha
walaupun dalam hatimu ada seseorang berkata
bahawa usaha mu itu sia-sia sahaja
kerna engkau tidak layak untuk semua itu
dan tiada juga hasilnya walaupun engkau berusaha sehabis mungkin.

tapi, engkau tetap usaha
kerna itu minatmu
walaupun ia kelihatan sia-sia
melalui pandangan manusia lain
juga melalui pandangan matamu.

Ulasan

Catatan Popular