-dugaan-

dugaan manusia yang beragama Islam
yang suka membaca buku banyak tanpa guru
adalah dia akan dikata berguru dengan syaitan.
perkara ini senang sahaja untuk didiamkan
kecuali seseorang itu memang benci akan dirimu
rasa dengkinya menguasai rasa hati
matanya itu hanya tahu cari kekurangan
dan kesalahan mu
maka dia itu susah untuk didiamkan
dan manusia memang susah untuk didiamkan pun
mereka itu semua pakar copy paste kata-kata ulama
(kecuali ada yang berhikmah dalam memberi nasihat
tanpa dia bercakap mengikut hawa nafsu)

cara aku nak selesaikan dugaan ini
agar anarki aku tak keluar
yang boleh menyakitkan hati manusia lain
adalah banyakkan diam.
diam dan diam
jangan selalu beri pendapat
maklumat yang aku tahu adalah untuk aku sahaja
apa yang aku tahu hanyalah untuk aku sahaja
diam dan diam
jangan terlalu share apa yang kau tahu
belajar untuk diam
kurangkan kewujudan di dunia empirikal aka jadi bayang-bayang
jangan ikut perdebatan manusia hebat, sekadar lihat sahaja
jangan terlalu berkongsi bermaklumat
kecuali maklumat itu tidak mendatangkan
fitnah ke atas dirimu
jangan tunjukkan yang kau ini baik
(berlakon jadi jahat itu lebih senang
daripada berlakon jadi baik)
jangan diktator dalam bermaklumat, berideologi
terima kepelbagaian dalam bermasyarakat
dan berhikmah ketika ada kepelbagaian
yang bertentangan dengan fahaman
jangan ikut perdebatan yang hanya
untuk menunjukkan siapa yang lebih bermaklumat
jangan terlalu beri pendapat tentang sesuatu permasalah kerna
ingat - ada yang lebih tahu
dan yang penting sekali kau(aku) tak berguru pun...

dan terima yang aku ini bodoh...

kan senang hidup aku....

Ulasan

Catatan Popular