-
dia rasa gembira
di kala lagu kesedihan cinta dimainkan
di kala lagu kesedihan psikologi dimainkan
kerna itulah realiti hatinya...
dia tidak tahu
bagaimana nak bergembira
tanpa perlu ditegur oleh kesedihan...
kesedihan selalu datang kepadanya
di kala dirinya rasa akan kegembiraan ...
sampaikan dia rasakan
buat apa nak bergembira
andai kata kesedihan juga akhirnya
lebih baik dari awal rasa saja sebuah kesedihan..
kerna itu
dia takut untuk merasai sebuah kegembiraan...
tapi, setelah lama dia rasai sebuah realiti
baru dirinya sedar.... bahawa...
kegembiraan itu diperlukan
untuk menyedihkan lagi
sebuah kesedihan...
tidaklah seronok
andai kata dari awal merasai kesedihan...
perlu rasa dahulu sebuah kegembiraan
agar kesedihan yang bakal dirasai
lebih menyeronokkan
lagi terasa indahnya...
tapi, dia tak suka menyedihkan manusia lain
dia lebih suka dirinya yang perlu rasa sebuah kesedihan
kerna dia malas nak bersosial...
bersosial hanya memenatkan
dan bersosial hanyalah ilusi
untuk melupakan dirinya akan sebuah kesedihan...
dia perlu berseorangan
agar dirinya bisa menghargai sebuah kesedihan...
dia sengsara
dengan permainan realitinya
dia sengsara
dengan kelemasan jiwanya
dalam permainan tafsiran sang akalnya.
dia nak hilang
dari realitinya itu...
boleh?
Ulasan
Catat Ulasan