-

Kasihan
dia mencintai wanita
yang dirinya tidak layak
untuk mencintai wanita itu...

kasihan
dia menempah kesengsaraan...

tapi, tahu tak...
dia memang peminat kesengsaraan
kerna cinta.. pun...

dia peminat kesakitan cinta
malah dia pernah rindu
akan keperitan cinta.
kerna dia dah selalu rasa perasaan itu
sehinggalah dia akan rindu rasa itu
andai dah lama tak rasa
akan kesakitan kerna cinta...

dia pelik kan?
itu realitinya...
dia perlukan kesakitan
agar dia bisa rasa gembira
kerna bagi dirinya
kesakitan itu
adalah kegembiraan bagi dirinya
tapi kesakitan itu
perlulah untuk dirinya sahaja
apatah lagi kesakitan kerna cinta...

kesengsaraan kerna cinta
menyeronokkan
kerna dia bisa merasai
bahawa dirinya hidup...

tapi malang sekali
dia dah terbiasa merasai kesedihan
hinggakan kesedihan itu
lebih hebat pengaruhnya
daripada sebuah kegembiraan...
malah, bagi dirinya
kegembiraan itu adalah sebuah kesedihan
kerna dirinya dah lama lupa
apa itu kegembiraan yang real
di realitinya...

Ulasan

Catatan Popular