-
hilangnya aku dalam aku sendiri
abaikan aku kepada semua minatku
kegembiraan telah aku kelirukan
aku keliru, apa sebenarnya itu kegembiraan.
aku rasa sedih ketika berasa gembira
tapi ku mula rasa gembira
ketika aku rasa kesedihan
mental illness ini telah mengubah aku
menjadi aku yang hilang tujuannya.
ada yang kata ketawa itu adalah sebuah penawar
tapi kenapa bagiku
ketawa itu menakutkan
kerna ketawa itu aku anggap sebagai sebuah ilusi
dalam melupakan realiti mental illness ku.
makin banyak aku ketawa
makin merana jiwaku
kenapa?
makin banyak aku ketawa
makin ku sedari bahawa ketawa itu
adalah sebuah ilusi
kenapa?
makin banyak ku ketawa
makin aku takut untuk meneruskan kehidupan
kenapa?
makin banyak ku ketawa
makin ku persoalkan
apa sebenarnya kegembiraan
kenapa?
makin banyak ku ketawa
makin ku rasa sakit, dan sengsara
kenapa?
makin banyak ku ketawa
makin ku rasa lemas
dalam dunia kecilku
kenapa?
adakah kerna
aku tak layak untuk ketawa?
atau kerna aku dah rosak?
Ulasan
Catat Ulasan