-

ku lihat dunia, dengan hati lelahku, hasil pertarunganku, dengan aku sendiri. dalam sanubariku ini, terletak kekeliruan hidup, hasil pertanyaanku mengenai hidup. jiwaku ini, dah lama lemas akan segalanya, dan ku teringin nak lari dari segalanya, termasuk aku, juga hidupku. wahai hati, bisakah kamu membuang rasa, yang ada di dalammu itu? aku ini, dah lama tewas, kerna dirimu itu, tidak menyedari akan kenyataan zahirku. wahai hati, coba dengar jiwaku ini, tidakkah kau rasa sedih mendengar teriakannya itu, yang asyik menangis menanggung peritnya cinta, yang hanya bertepuk sebelah tangan? wahai hati, coba kau cermin dirimu itu, tidakkah kau melihat dirimu itu tengah lemas, kerna engkau masih mahu merasai erti sakit, yang teramat sangat? O hati, tidakkah kau sedari, kerna dirimu lah jiwaku ini merana, rasa lemas di lautan cinta, yang kau sendiri reka, di fantasi, hasil kerna cerminan realitiku? O hati, tolonglah mati, agar jiwaku ini tidak lagi merana...

biarlah ku tidak akan lagi, merasai akan cinta, akan indahnya cinta, akan indahnya hati bila cinta dibalas cinta. biarlah aku tak merasai semua itu. ku rela, tak merasai semua itu, agar jiwaku tenteram, di malam hari.

o hati, tidak engkau rasa lelah, kerna asyik bercinta, dengan fantasi? o hati, tidak engkau rasa lemas, memikirkan si dia, yang hanya bisa engkau pandang dari kejauhan? o hati, tidak engkau merana, kerna asyik merasai perasaan?

andai ku ini, ada kuasa ke atas hatiku, dah lama aku matikan ia, agar selama-lamanya tidak ia merasai perasaan apa-apa lagi, terutamanya cinta romantika, yang hanya melahirkan rasa perit ke atas jiwaku.

kenapa ku harus rasa lemas, hanya kerna kebodohan hatiku, mencintai seorang wanita, yang hanya bisa ku jumpai, di dunia virtual, kenapa?

kenapa wujudnya perasaan cinta di hatiku, bila akhirnya, hanya sakit jiwaku ini yang ku rasai, yang hanya memalaskan lagi zahirku, untuk hidup di dunia ini, kenapa?

tolong, ya Allah, tolong hamba Mu ini, ku tak nak lagi merasai cinta, ku tak nak lagi jatuh cinta, ku tak nak lagi fikir akan cinta, kerna ia benar-benar membuatkan jiwaku ini merana. ya Allah, ku rela, andai hatiku ini, tidak lagi merasai cinta romantika. ku rela, aku hidup bersendirian di dunia ini, tanpa ada peneman cinta romantika, selama-lamanya. ku rela, andai tiada wanita yang mencintaiku, asalkan aku juga tak akan jatuh cinta lagi, selama-lamanya. aku rela akan itu.

aku benar-benar, tak nak lagi merasai cinta, kerna ia menyeksakan aku...

Ulasan

Catatan Popular