-

katanya
"tiba-tiba semangatku datang. datang ia ke dalam hatiku, mendatangkan enthusiasm ku untuk berusaha. dan agar tidak berhenti berharap, dan berharap berteman usaha.

aku nak confess cinta virtualku ini di depannya, di empirikal, suatu hari nanti, dikala aku dah berjaya. aku nak jadi penulis lirik hebat, menghasilkan melodi, menghasilkan lagu, dan lagu itu, aku nak berikan kepada dia, agar dia bisa nyanyikan, dan dalam lagu itu, aku nak beritahu dia, bahawa aku dah lama mencintai dirinya. aku tak nak beritahu dia, bahawa aku dah lama mencintainya, secara terus terang, tapi aku nak beritahu dia, melalui lagu yang aku reka untuk dirinya. biarlah pada awalnya dia tidak faham maksud tersembunyi lagu itu, kerna lambat laun dia akan tahu juga. dan, masa itu, aku tak kisah andai cintaku ditolak, kerna aku dah usaha untuk memberitahu dia bahawa aku mencintai dirinya. biar satu dunia tahu, bahawa lagu itu aku reka untuk memberitahu bahawa aku cinta akan wanita itu, dan aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memberitahu cintaku ini, walaupun akhirnya aku bertepuk sebelah tangan. aku tak kisah apa akhirnya, apa yang penting adalah aku telah usaha untuk mengatakan bahawa aku cinta akan wanita itu secara real, di dunia empirikal, bukan sekadar di dunia virtual."

"semangatku ini menaik. mungkin sementara, tapi ingin aku tuliskan ia disini, sebelum semangat itu hilang semula..."

Ulasan

Catatan Popular