-untukmu-

aku cinta dirinya.
cintaku ini ingin ku kekalkan di dalam hatiku
walau suatu hari nanti hati ini mungkin bakal mencintai wanita lain.
tapi, akan aku latih hati ini
agar ia tidak akan lagi jatuh cinta.

aku cinta akan dirinya
walau dia tidak pernah akan kenal diriku
malah mungkin selama-lamanya
kami tak akan bertemu di dunia empirikal.

cintaku ini bodoh, bodoh sangat.
hatiku ini bodoh, bodoh sangat.
kenapa mencintai wanita yang mustahil bertemu
mustahil bersua muka.
kenapa mencintai wanita yang jauh di sana
kenapa mencintai wanita yang hanya bisa dijumpai di dunia virtual
kenapa? kenapa? wahai hati, kenapa?

adakah kerna ini masa mudaku
maka hati berharap perkara mustahil
buat perkara mustahil
rasa perkara mustahil
mencintai seseorang yang mustahil mencintaiku kembali
adakah kerna itu
engkau mencintai dia wahai hati?

masa muda inilah
perlu buat, berharap dan rasa perkara mustahil
seperti mencintai wanita yang hanya bisa bertemu di dunia virtual
adakah seperti itu, wahai hati?

jiwa ini terasa lemas
badan ini terasa lelah
hati ini terasa perit
minda ini rasa penat
hanya kerna cinta bodohku ini.
cinta ini benar-benar bodoh.
wahai hati, kenapa kau mencintai wanita itu
adakah kau sengaja nak rasa seksa,
sengaja nak menyeksakan jiwaku
atau adakah kerna kau rindu perasaan seksa kerna cinta
kerna kau tidak mahu ambil pengajaran daripada kisah silam.
wahai hati, engkau memang bodoh, sangat bodoh.
jiwa ini, badan ini, minda ini,
semuanya membenci dikau,
semuanya menyesal kerna berteman kau.
wahai hati, diri ini rasa seksa kerna kau
jiwa ini rasa perit kerna kau
badan ini rasa lelah, sangat lelah
nak hidup di dunia empirikal kerna kau.
kerna kau mencintai wanita itu.

wahai hati, sedarlah diri
buanglah rasa cinta itu
berhentilah berharap agar dia mencintai kau kembali.
wahai hati, jangan lagi berharap agar dia bisa kau bertemu dan cinta berputik di kala itu.
berhentilah berharap perkara mustahil.
berhenti dan jangan lagi berharap dalam hal-hal cinta.
berputus asalah dengan cinta bodohmu itu.
wahai hati, berhentilah berharap kepada Pencipta
agar wanita itu mencintai kau kembali,
kerna akhirnya kau yang merana.
bukan semua hal di dunia ini kau perlu berharap
kerna ada hal yang kau perlu sedari sendiri
ada hal yang perlu kau berputus asa
ada hal yang kau harus terima dengan hati terbuka.
berhentilah berharap perkara itu,
kerna harapan itulah yang menyeksakan kau,
wahai hati dengarlah aku
jangan lagi ikut nafsu syaitan.
jangan lagi berharap akan cinta bodoh itu.

"ya Allah, hambamu ini tidak mahu lagi jatuh cinta. biarlah wanita itu, adalah wanita terakhir yang aku cintai, dan wanita terakhir yang aku berharap kepada-Mu agar dia mencintaiku kembali. walaupun akhirnya, harapanku itu tidak akan tertunai. tapi, aku berdoa dan berharap kepada-Mu agar dia kekal di hatiku selama-lamanya."

aku tak nak lagi jatuh cinta
aku hanya nak mencintai wanita itu
selama-lamanya, walaupun aku rasa lemas.
akan aku latih diriku, hatiku, mindaku, jiwaku
agar survive di dalam lautan cintaku ini
tanpa perlu mencintai wanita lain
tanpa perlu mencari cinta lain.

Ulasan

Catatan Popular