-
katanya
"di kala ini, ku dah jarang baca buku intelektual. ku hanya buka novel terbitan lejen press, itupun tak sampai setengah jam, aku dah tutup. aku dah semakin malas untuk membaca buku.
buat apa nak baca buku intelektual?
dapat apa?
untuk apa tahu sesuatu maklumat?
apa yang aku dapat andai aku tahu sesuatu?
in the end, aku yang merana, psikologi ku merana, jiwaku rasa seksa.
so, lebih baik aku stop baca buku..."
"sejak aku suka wanita virtual itu, aku dah tak tumpukan sangat terhadap buku. bukan wanita itu yang menyebabkan aku stop baca buku, tapi kerna aku sendiri... wanita itu sekadar tempat ku berlari, untuk lupa sementara realitiku. kan indah, andai ku bisa lupa realitiku selama-lamanya...tanpa perlu harapkan cinta romantika bodoh... yang penuh ilusi..."
"tapi, kenapa aku tak suka realiti aku? kenapa aku benci aku? dan kenapa aku suka seseorang yang hanya bisa ku jumpai di dunia virtual? kenapa?"
"ah! aku malas mempersoalkan segalanya... untuk apa mempersoalkan segalanya, in the end aku yang merana... lebih baik aku terima sahaja, walaupun hasilnya sama juga... jiwaku tetap merana lemas di lautan segalanya..."
"aku rasa, aku nak stop baca buku banyak terutamanya buku intelektual, atau buku fakta. mungkin, aku sekadar baca buku novel... novel kiri, novel alternatif..."
"aku dapat apa baca banyak buku...in the end, mental illness ku datang kembali juga... lebih baik aku layan fantasi, juga layan virtual, walaupun hasilnya tetap sama, tapi hanya hatiku sahaja yang merana, akal hanya diam tanpa berfikir panjang."
"baca buku- minda dan hati merana, layan fantasi juga virtual hanya hati merana... tapi, dua-dua itu masih sama kesannya ke atas lemasnya jiwaku... memalaskan zahirku..."
"di kala ini, ku lebih ke arah layan virtual, berbanding dulu, ku lebih ke arah layan buku... adakah ia akan berubah suatu hari nanti?"
"semuanya hanya melemaskan jiwaku, akhirnya...
kerna itu aku dah malas akan segalanya... tapi hati bodohku ini masih juga layan cinta virtual yang tahap losernya hanya bertepuk sebelah tangan.
hati ini memang bodoh... sangat bodoh.."
"aku dah malas nak layan cinta romantika, sama ada di realiti, fantasi atau virtual, kerna semua itu, in the end hanya melemaskan jiwaku... tapi, malasku ini tetap dikalahkan oleh hati bodohku yang asyik senyum di kala memandang senyuman dan wajah wanita itu, yang hanya bisa ku temui di dunia virtual... hatiku ini benar-benar bodoh..."
"kenapa cinta wujud di hatiku? kenapa aku mencintai seseorang yang akalku tahu, bahawa selama-lamanya wanita itu tak akan jadi milikku...?"
"aku merana kerna cinta bodoh... aku merana kerna hati bodoh ku ini... dulu aku merana kerna akalku bodoh, di kala ini pula, aku merana kerna hatiku yang bodoh..."
"akal dan hatiku benar-benar melemaskan jiwaku... menghilangkan semangat juangku... mengambil impian ku... menambahkan kekeliruan jiwaku... menambahkan juga kesakitan psikologiku yang asyik membunuh jiwaku, secara diam, di kala aku senyum tertawa di zahir..."
"psikologiku ini seperti ada dua fungsi... satu sebagai aktif, yang satu pula sebagai pasif. ia aktif kerna mempengaruhi zahirku, jiwaku, hatiku... dan ia juga pasif kerna ia dipengaruhi oleh zahirku, jiwaku dan hatiku..."
"semuanya mengenai aku hanya menyengsarakan jiwaku sendiri..."
"semuanya mengenai aku hanya menyengsarakan lagi jiwaku..."
"aku nak ... ... ...
ah....aku dah malas nak berharap... kerna ku takut harapan hanya menyeksakan lagi jiwaku...
lebih baik ku belajar tidak berharap lagi, kerna semuanya adalah salah ku, yang penuh dengan kemalasan zahirku... ya, semua itu salah aku... aku terima itu... sebab itu, aku benci akan diriku ini..."
Ulasan
Catat Ulasan