-kerosakan imaginari--
Ditulis pada 26/12/2016
Aku latih akalku untuk menjadi ahli saintis
Tapi mental illness ku latih hatiku
Untuk menjadi ahli sastera rosak.
Aku latih zahirku untuk menjadi ahli sainstis
Tapi psikologi ku latih batinku
Untuk menjadi peminat sastera
Sastera baik dan rosak.
Aku latih akalku untuk meminati sains
Tapi mental illness ku latih hatiku
Untuk meminati sastera
Sastera rosak dan baik.
Aku latih mentalku untuk minat akan fizik
Tapi ia melawan balik
Dan menyerang hatiku
Dengan kata-kata psikologi kegelapan.
Aku latih mindaku untuk jadi pakar sains-falsafah
Tapi mental illnessku menyedarkan aku
Bahawa aku ini sampah
Bahawa personaliti dan karekter ku adalah sampah
Semuanya tentang aku adalah sampah.
Aku latih akalku untuk menjadi hebat
Tapi mental illness ku menyedarkan aku
Bahawa jangan sesekali lupa
Bahawa mental ku rosak
Hasil kekalahan dengan monster kegelapan
Imaginari ku.
Aku latih diriku untuk menjadi ahli sains-falsafah
Tapi hidupku ajar aku untuk menjadi ahli sastera rosak
Di mana kisah tragedi hidupku
Ditafsir rosak oleh mentalku
Yang akhirnya menyedarkan aku
Bahawa aku ada mental illness.
Anarkiku mula bermaharajalela
Malasku telah merosakkan CGPA aku
Akalku melemaskan ku setiap malam setiap waktu
Hatiku lelah dihimpit semuanya
Dan ia terima sahaja
Semuanya
Yang hanya membawa ia ke arah kerosakan.
Decaying soul
Corrupted soul.
Ulasan
Catat Ulasan