-

dia ingin berusaha agar tulisannya bisa dibukukan
tapi, hatinya sentiasa berbisik
bahawa usaha itu sia-sia sahaja...
hatinya itu memang seperti itu
dia nasihatkan manusia lain untuk berusaha
tapi dia menyuruh tuannya (badannya)
supaya tidak berusaha
kerna dia anggap tuannya itu tidak bisa berjaya...

sebab itu zahirnya itu kelihatan malas untuk berusaha...

katanya
"hatiku ini dah hilang semangatnya untuk berusaha...
hatiku malas untuk menyuruh badanku agar berusaha
kerna hatiku sentiasa menganggap bahawa aku ini sampah... loser"

katanya lagi
"ku pernah jatuh cinta kepada seseorang...
kebiasaannya apabila seseorang itu jatuh cinta
dia akan tunjukkan kehebatannya di depan wanita yang dia cintai..
tapi diriku ini... sekadar bersembunyi di sebalik kehebatan manusia lain
kerna hatiku ini sentiasa berbisik bahawa aku usaha atau tidak...
wanita itu tidak akan memandang diriku...
wanita itu tak akan pernah mencintai ku..."

"hatiku ini sentiasa berusaha untuk jatuhkan diriku sendiri... walaupun dia sentiasa nasihat manusia lain untuk berusaha... hati ku ini memang bodoh, dan lagi bodoh adalah diriku sendiri kerna ikut apa yang hatiku bisikkan itu..."

Ulasan

Catatan Popular