-
dia rasa lelah
kisah cinta di realitinya membuatkan dirinya lelah
kawannya berbicara cinta dengan dirinya
tapi dia pula menyembunyikan kisah cintanya daripada rakannya sendiri.
katanya
"kawanku berbicara tentang crush nya, tapi aku pula menyembunyikan siapa crush(bekas) ku, kerna andailah ku beritahu kawanku atau tidak memberitahunya, wanita itu tetap tak akan cinta akan aku... wanita yang ku cintai itu lain tarafnya berbanding diriku... dan wanita itu juga dah berpunya, so, lebih baik aku sembunyikan sahaja segala-galanya... dan lebih baik ku jatuh cinta kepada seseorang yang hanya bisa ku jumpai di dunia virtual... dan lebih baik aku layan cinta ilusi berfantasia, daripada aku berharap akan cinta realiti... walaupun akhirnya, aku lemas juga di dunia fantasiku itu... sama rasanya lemas ku di fantasi dan di dunia romantika realitiku...dua-dua itu menyakitkan, sama sahaja sakitnya... sama sahaja erti lemas di lautan perasaan bodoh itu... tapi aku dah biasa rasa semua itu..."
"aku dah biasa rasa semua itu...dan akhirnya... diriku rasa.... hatiku rasa... bahawa kesedihan hasil cinta romantika itu menyeronokkan, dan di kala ini aku sepertinya merindui rasa sakit kerna kesedihan cinta romantika itu... aku rindu rasa itu..."
"aku rindu rasa sakit kerna kesedihan pain percintaan..."
"aku nak rasa lagi pain kerna percintaan di realiti, walaupun sekarang ini aku lemas hasil percintaan bodoh di dunia virtual ku..."
"aku nak hancurkan lagi hatiku... aku nak rosakkan lagi hatiku... guna cinta romantika... kerna bukankah cinta romantika itu wujud di dalam hatiku untuk merosakkan lagi hatiku... menghancurkan lagi jiwaku.. merosakkan segalanya tentang diriku..bagiku cinta romantika itu sama hasilnya kalau dibandingkan ia dengan mental illness ku.. cinta romantika itu bagiku adalah ayat lain untuk 'mental illness'... sama sahaja hasil dua-dua nya ke atas diriku.. iaitu menggembirakan ku...kah kah kah..."
Ulasan
Catat Ulasan