-

soalnya kepada dirinya sendiri
"adakah hidup kau itu tak indah, sehinggakan kau ingin tahu akan kehidupan wanita itu? adakah kau tidak suka akan realitimu, sehinggakan kau nak tahu realiti wanita itu, yang jauh di sana? adakah dunia empirikal mu tak seindah dunia empirikal wanita itu, sehinggakan dirimu hendak tahu cara hidupnya, walaupun dia itu hanya kau jumpa di dunia virtual?"

"kenapa kau nak tahu kehidupan wanita itu, yang jauh di sana, adakah untuk kau lupakan sementara realitimu? adakah realitimu menyeksakan jiwamu? adakah wanita itu bisa melupakan realitimu seketika? adakah wajah wanita itu bisa mencairkan hati mu? adakah senyuman wanita itu bisa membuatkanmu senyum juga, walaupun kau sedar, bahawa kau hanya jumpa dia di dunia virtual sahaja?"

"kenapa kau nak lari dari realitimu sendiri? kenapa kau nak lupakan realitimu? adakah realitimu melemaskan jiwamu? jika ya, adakah wanita itu bisa menyelamatkan dirimu daripada terus tenggelam di lautan dalam, yang umpamanya tiada penghujungnya? atau, wanita itu menambahkan lagi rasa lemas di jiwamu?"

"ya... wanita itu bisa menyelamatkan aku daripada lautan itu, tapi itu hanya di fantasi ku... di realitiku, dirinya itu melemaskan lagi jiwa ku ini.."

"aku nak lari dari semua ini... lari dari akalku, lari dari hatiku..

aku dah lama coba lari dari akalku, dengan cara, aku dah kurangkan baca buku ilmiah.... tapi aku tak tahu bagaimana nak lari dari mindaku... kerna psikologi ku sentiasa mengejarku, malah ia menjadi temanku di malam hari...

begitu juga dengan hatiku. ku ingin lari darinya, tapi cinta sentiasa menghalangku... dan bertambahlah lagi kelemasan jiwaku...

aku nak lari dari semuanya... nak lari tinggalkan cinta, ilmu, aku, semuanya... aku nak lari... kerna aku dah lelah merasai semua ini..."

Ulasan

Catatan Popular