-
tenggelam dia di dunia realiti
ingin dia lari dari dunia itu
reka dia dunia kecilnya
senyum dia di situ
walau dia tahu itu sekadar ilusi.
ketawanya ilusi berfantasia
hatinya belajar realitikannya
senyumannya indah berteman dirinya
tariannya real di dunia sana
terasanya indah berbanding realitinya.
indah dia merasai segala
berjalan dia di tepian fantasi
membawa dia seruling bambu indah
melodi dia lunakkan bunyinya
terasa dia menjalani realiti sebenar .
tapi akhirnya...
rosaknya segala ilusi yang berfantasia
hancurnya dia dalam penafsiran hasil fantasia
jiwanya mula lelah hasil kelemasan
senyumannya mula terasa ilusinya
rekanya dunia virtual pula untuk lari dirinya.
lemas dia di dunia itu juga
semua dia dilemaskan dunia
lari dia dari segala-galanya
bersendirian dia berjalan dalam gelap
nampak dia dunia empirikal
tafsir dia dengan hati kekosongan.
jiwanya merana, seksa real
hatinya kekosongan tafsir dunia
batinnya lelah lawan segala
zahirnya malas hilang motivasinya
tidurnya lama seperti lemas di lautan.
lagu dia jadikan temannya
melodi dia semua tafsir erti kesedihan
tari dia di dunia fantasinya
tari dia walau lagu kesedihan
abai dia impiannya...
...
Ulasan
Catat Ulasan