-
katanya:
pada awalnya, aku lebih suka andai Naruto dan Sakura bercinta, berkahwin akhirnya, kerna Naruto dah lama suka akan Sakura. tapi, malam ini, sekitar pukuk 4.43 pagi, aku melihat video naruto dan hinata, yang dibuat oleh peminat naruto, aku mula terfikir
"berapa lama Hinata simpan cintanya kepada Naruto. malah cinta itu tidak pernah berubah walau dia tahu Naruto sepertinya suka akan Sakura. betapa dalamnya cinta Hinata. masa Naruto berlawan dengan Pain, Hinata datang membantu, di kala Naruto tengah baring mungkin pengsan. berapa lama cinta Hinata bertahan."
sekarang ini, aku suka akhirnya Naruto mencintai Hinata. kerna, bagi aku, Hinata layak dicintai kerna cintanya tak pernah berubah dari kecil sehinggalah dewasa. berapa ramai manusia yang mencari cinta lain di kala cintanya tidak dibalas? berapa ramai manusia yang lari daripada kesakitan cinta dengan mencari cinta lain? aku nak jadi seperti Hinata, dia mencintai Naruto, walau dia tahu Naruto tidak mencintai dirinya. tapi, dia tetap cinta akan Naruto dan tidak mencari lelaki lain untuk dicintai. aku nak jadi seperti Hinata. aku akan mencintai wanita itu, sampailah akhir hayat aku, walaupun aku tahu akhir cintaku tak seindah akhir cinta Hinata. tapi, aku rela, kerna aku nak lihat berapa lama hatiku boleh bertahan, dan benarkah hati ini bisa kekalkan cintaku kepada wanita itu, tanpa perlu mencari cinta wanita lain. ya, aku tahu, realiti dan fantasi berbeda, tapi tanpa realiti fantasi tak akan pernah wujud.
mungkin ada yang kata, bahawa cinta Naruto kepada Sakura berubah. tapi, bagi aku, benarkah Naruto mencintai Sakura? dan, Naruto dah lama tahu, bahawa Sakura mencintai Sasuke. seorang kawan, sanggup mengalah andai kawan itu sama suka, andai kawan itu suka sama suka.
ada yang mungkin bakal kata lagi
kenapa cinta Naruto tak kekal...?
Ulasan
Catat Ulasan